My Name is Khan…n im not a terrorist


Got notting to do last weekend ….

Em….. serius … rasa macam da tak ada kawan pun ada..Jadi bagi aku diofis .. pastinya ada kehidupan dan menjadikan hari aku menjadi lebih bermakna kot ( teringat Joclyn said im a bad workaholic person- ker aku yang tak ada kerja – hahahahaha)

SABTU – sunyi sepi tak ada sape… nasib baik ada teman yang ada kerja untuk menghabiskan proses terakhir sebelum menerima komen yang berjela -jela…

Melihat promo My Name Is Khan … aku lebih teruja … bila baca jalan cerita pun boleh tahan… jadi untuk buang masa… aku pun ajakla minah nie sekali tengok movie…. Aku bagi …4star untuk filem ini…jalan cerita yang disusun pun menarik … cuma endingnya sahaja bagi aku over dan diada-adakan …

Central character untuk cerita ini adalah seorang lelaki yang mempunyai penyakit autism… dilahirkan dalam sebuah keluarga yang miskin dan dididik dengan baik untuk mengenal antara yang baik dan buruk … kerana seorang pesakit autism , mereka tidak boleh menafsir apabila ada double meaning seperti – plz come to my house at any time- pesakit autism akan datang bila masa dia suka … tak mengira masa …

Lelaki yang diberi nama Rizvan Khan dan watak ini dimainkan oleh Shah Rukh Khan .. dan heroinnya dinamakan Mandira dan dibawa oleh Kajol.. gandingan yang mantappps.

Antara banyak plot cerita itu .. aku paling suka .. apabila part bagaimana seorang ibu yang sabar dan yakin anaknya boleh menjadi seperti orang biasa dan melihat kekuranngan itu adalah suatu kelebihan …

Selain daripada itu, bagaimana seorang wanita boleh jatuh hati dengan seorang lelaki yang tidak senormal manusia lain…

Dan akhirnya bagaimana indahnya ISLAM itu … dilihat di dalam membantu mereka yang di dalam kesusahan ( at least ada gak yang membawa imej Islam dan digarap dalam cerita yang dibawa  dengan baik…)

Konflik cerita ini terjadi selepas berlakunya trajedi Sept 11…bagaimana seorang individu itu yang beragama Islam diterima di Barat..Aku kira pengarahnya Karan Johar – berani untuk membawa isu terorist dan Islam di dalam film dia🙂

Habis menonton cerita ini .. aku teringat empat tahun lalu … aku dan seorang rakan reporter ini pernah cover story mengenai seorang kanak-kanak perempuan yang sakit autism ..Chantek budaknya… dan namanya ialah Nadia….

Cerita Nadia ini ialah …dia sangat meminati Wan Kamaruddin Wan Ibrahim yang pada masa itu adalah host rancangan Edisi Siasat dan pembaca berita NTV 7… jika host ini tidak onair ..dia akan gelisah dan menjadi tidak menentu … dan Nadia ini akan menunggu dihadapan tv setiap jam 8 malam untuk melihat host ini membaca berita …

Dan email yang dihantar kepada department current affair ini membawa kami satu team terbang ke Kedah dan membawa Nadia ini ke Langkawi untuk berjumpa dengan host ini…

Ketika perjalanan membawa Nadia ini .. aku juga melihat perangai pelik Abg nadia yang sentiasa mencatat masa setiap kali sampai ke destinasi seterusnya … dan buku nota dia penuh dengan cacatan perjalanan masa dia …

Dan aku diinform bahawa Abg Nadia juga mempunyai penyakit autism … setahu akulah … apa yang dibaca sebelum ini … pesakit autism adalah seorang yang cerdik… cuma mereka ini memerlukan sekolah khas untuk membantu mereka menyusun dan melihat sesuatu keadaan itu …

Apa Khabar Agaknya NADIA dan Abg dia …

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s