Hanya DOA dan HARAPAN


Aku tidak pernah rasa sesedih ini…

Saat dan ketika ini… hanya doa mengiringi hari-hari Abah untuk kembali recover seperti biasa.

Walaupun keadaan itu, dilihat begitu sukar sekali untuk dia sembuh seperti sedia kala … tapi aku sangat berharap .. biarlah Abah boleh makan dan bercakap seperti biasa.

Dua malam aku berjaga dan menemani dia …

Dua malam itu juga aku tidur dengan memegang tangan Abah…

Dalam keadaan separuh sedar .. ingatan Abah sangat baik .. dia mendengar apa sahaja yang dibisikkan ke telinga dia…

” Abah, dari saya lahir sehingga hari ini… ampunlah segala dosa ina Abah, ampunkan ina  ya , “.

Abah terus menangis teresak-esak .. sehinggala aku memeluk dan dia berhenti menangis …

Aku bisikkan … jika Abah ampunkan saya … Abah gengamlah tangan Ina ini.. dengan erat Abah memegang tangan aku.

Bermalam dihospital dengan ditemani dengan 40 pesakit di dalam satu wad memang satu pengalaman yang sangat dahsyat.

Aku bermain dengan perasaan … dan aku tahu satu masa nanti pasti masa aku juga akan melalui masa seperti ini.

Masa menguji sejauh mana … tahap kesabaran dan sayangnya seseorang itu kepada yang dikasihi.

Hari ini aku kembali bekerja . Berat hati meninggalkan Abah dalam keadaan sebegitu.

Sebelum pulang .. malam ke dua itu … aku ambil masa untuk semalaman bersama Abah.

” Malam ini Ina teman Abah sampai pagi ya, sekarang sudah jam 5 pagi .. Abah dan ina sahaja yang tak tidur lagi,”- berlinang air mata Abah.

Aku tidur dengan berbantalkan lengan Abah ….

Kami akan sedaya upaya tolong Abah untuk pulih…

Tabahla Abah … tuhan sedang menguji kita…

5 thoughts on “Hanya DOA dan HARAPAN

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s