Segalanya ditangan KITA


Apabila terjadinya keadaan  tidak selesa ataupun kita menginginkan sesuatu yang terbaik… sukar untuk kita membuat keputusan…

Aku rasa semua macam tu… ada yang mungkin pakai redah aja … tidak kisah dengan apa yang ada dihadapan.

Ada yang mungkin berfikir sampai pening untuk membuat pertimbangan dalam setiap keputusan yang diambil.

Dan mungkin ada yang bermohon kepada yang Maha Kuasa untuk diberikan petunjuk dalam setiap apa sahaja yang diingini.

Aku juga sebegitu. Sehingga kini perasaan takut dalam membuat sebarang keputusan hidup juga sangat sukar. Rasa takut untuk menjadikan sesuatu yang ada bertambah baik atau sebaliknya.

Adakalanya aku rasa ahhhhhh.. redah aja …dengan apa yang ada sekarang … dan go with the flow sahaja… tapi dalam membuat keputusan flow mana yang perlu aku ikut nie…

Adakalanya aku rasa … adakah segala petunjuk itu telah diberikan yang Maha Kuasa … tetapi aku sahaja menidakkan segalanya… aku buat tidak nampak … aku hanya membiarkan waktu itu berjalan dengan pantas… meninggalkan segala yang baik untuk aku .. dan tinggallah yang kurang baik untuk diri aku.

Terasa hari ini…. sangat letih…

Terfikir… adakah badan yang letih kerana dek cuaca yang panas sehingga menjadikan badan dyhidrate…

Ataupun letih .. kerana memikirkan ketentuan tuhan yang akan diberikan kepada aku apabila umur semakin meningkat jauh.

Letih sehingga aku baring dan tertidur dikerusi disini.. dan setelah bangun dari tidur … ada sorang yang menggantikan aku untuk berehat sebentar… mungkin dia juga dihambat dengan pelbagai keadaan..

Aku juga kira dikerusi empuk ini… juga banyak orang yang singgah sebentar untuk berehat .. dan mengambil nafas panjang.

Kalaulah kerusi ini boleh berkata… agaknya dia akan kata… wahai manusia, sabarlah .. mungkin kamu-kamu itu sedang diuji untuk membuat sebarang keputusan .

Alahai kerusi.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s