Masa MERUBAH Segala


Hari ini aku lebih awal .. berbanding rakan-rakan yang lain…

Calltime aku ialah 10.00 am …

Tapi sampai – masih tiada sesiapa disini…

WAhhhhhhh… tertipu mak rupanya !!!! kamu semua lewat daripada mak … selalunya mak yang buat hal .. baguih… mak berjaya membuktikan mak tak selalunya lewat… satu pencapaian yang membangggakan!

Mak terasa hebat kerana berjaya menswapkan kad itu seawal 10 am …

Ulang 10 am oke!

11.45 am … semua da sampai dan meeting proceed… meeting untuk melihat agenda yang akan dipersembahkan kepada Puan Besar itu ..

2.00 pm… meeting bersama Puan Besar- seperti biasa.. translator akan memahamkan Puan Besar mengenai hajat dan objektif kami ..aku ingat Puan Besar ini sikit hari nanti akan faham cakap Melayu… tapi rasanya dia dah pandai sikit-sikit bila dapat tangkap kami mula berbisik-bisik mengenai pekara yang tiba-tiba dia akan menyampok dan masuk dalam tajuk yang sama … mak takottttt seh… tapi tis evening this my frens … buat aku tergelak besar lepas meeting kerana kepantasan mulutnya .. melaser tindakan Puan Besar mereject title yang cuba diproposenya … Muahahahha..Tinggallah Geng Jelawat ko tu !

6.30 pm – Di SJMC … melawat dua orang rakan yang admitted …. yang sorang demam denggi dan sorang lagi gastrik ..

9.00 pm – Menanti untuk seorang hos datang dan melakukan VO untuk episod yang dikatakan Puan Besar – POOR GENG MAMAK … mak aiiiiii… mak rasa macam jatuh dari tempat yang tinggi .. sayup-sayup aja … dua minggu buat aku rasa macam nak termuntah dengan lagi-lagi GENG MAMAK! Tapi Mak buat hati kering aja… buat aja seperti yang dimintakan!

11.00 pm – masih menanti editor untuk cantas story dan repair apa yang diminta

12.00 am – masih menanti editor … tapi ketika menanti terserempak dengan sorang mamat yang menyatakan rasa tidak puas hati dengan Puan Besar mengenai system yang dibina … he said its take at least 10 days to complete all those script before we start to shoot .. according to the script… ya mak mendengar setiap kata-kata dia … kini dia ada 13 episod … dan rasanya dia memerlukan 130 days to complete all the script … mak iii … takotttt seh!

1.00 am –  sudah bersedia untuk melihat apa yang perlu direpair… dan proses bermula ….

2.30 am – terlihat seorang ketua dibahagian post produksi membawa camera ke hulu ke hilir … dan kemudian terlihat dia membawa beberapa baju kotak-kotak dan berhenti dan menyapa – Pinjam baju nie hah … nak g shooting Botak Chin …WHATTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTTT????? Dimasa begini … tapi mak sangat bangga kerana punya kengkawan yang supportive … dan mereka available untuk menjadi talent tidak mengira masa …( ker pasal bos mereka nie yang suruh … muahahahahaha)

3.00 am – masih terduduk dikerusi dengan menrasa aircond yang sangat kuat … rasa macam duduk dikutub utara … mak tak tahan lalu pergi ke kerusi empuk dilevel mak nie … untuk lena seketika …

5.30 am – terjaga………………. Apa da jadi dengan episod mak ????? mana editor mak ??? rupanya da complete .. hanya perlu mak tengok mana yang tidak kena aja …

Dan 6.30 am – Sudah preview … dan mahu menyerahkan dvd itu kepada dispatch untuk dihantar kepada pihak ke tiga itu…

Mak da tak tahan untuk menunggu proses convert dan burn itu… mak kena balik … mak kena settlekan utang skrip yang sudah overdue itu …

Mak teringat if u fail to deliver .. ur fail in ur career … mak rasa bila-bila masa boleh dapat surat terminate di waktu genting macam nie …

Sepanjang jalan menuju ke rumah … mak teringat .. keluh seorang rakan yang duduk berjiran dengan mak .. katanya APAKAH YANG DIKECAPI SELAMA INI… DAN DIA MERASA MACAM SYOK SENDIRI DENGAN KERJA-KERJA DIA …

Terasa aku pun sebegitu … entah dari mana perasaan itu … terasa mak lemah untuk berdepan dengan macam-macam permintaan kejap lagi …

Kata orang kerja mesti ikhlas … mak da seiklasnya ini … mak redha apa yang jadi …

2 thoughts on “Masa MERUBAH Segala

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s