GigiL


Saya sangat bangga kerana punya kengkawan yang prihatin dengan nasib seorang perantau yang macam saya ini.

Orang yang semacam saya ini… hanya berharap .. jika susah temanlah … orang pertama akan dicari untuk mengadu segala benda…

Jika ada yang kata – orang boleh hidup tanpa kawan! itu satu benda yang saya tidak boleh terima!

Bagi saya … teman adalah perlu – bukan untuk dihappy hours sahaja … malah teman adalah tempat saya berpaut sekiranya sesuatu yang buruk berlaku pada diri saya..

10 tahun saya hidup – tanpa ada keluarga disisi- Berbagai ujian yang saya hadapi berseorangan… dan selama 10 tahun itulah – saya jumpa pelbagai jenis kawan… kawan yang hanya suka bila kita ada duit… kawan yang hanya suka bila ada party sahaja … kawan yang hanya suka berjolly sahaja… kawan yang mampu merosakkan aku … dan part paling best… kawan yang hanya sekejap aja … hanya beberapa jam aja … hehehehe… itu kawan hampeh namanya…

Empat tahun lalu … saya pernah menyusahkan seorang rakan ini- pada masa itu saya hanya memiliki motorsikal – kejadian motor pancit sangat menyakitkan apabila saya juga seorang wanita… dan teman ini , dengan baik hati telah membantu saya . Kejadian motor tidak boleh start juga…sama . Terima kasih teman… temani saya …

Untuk kali ini- saya dimasukkan ke wad kerana demam denggi- demam yang pada mulanya saya rasakan biasa-biasa sahaja.

Ada teman.. teddy

Kesan daripada demam masih terasa… mungkin saya sengaja membiarkan penyakit ini lama menghinggap… saya deny yang saya demam … saya dulukan apa yang dirasakan perlu.. sehinggalah saya tidak boleh menelan ubat sebelum diadmittedkan..muntah dan hampir tersandar dibilik kecil – satu petanda – saya sudah lemah ….

Akhirnya saya tewas .. melawan demam yang semakin kuat  gigilnya itu…

Enam hari dihospital … dan tiga hari sebelum itu … banyak pekara yang berlaku…

Untuk kak Lin…mungkin ribuan terima kasih tidak ternilai dengan bantuan yang diberikan …terima kasih kak! untuk segala kasih dan sayang akak itu.

Untuk seorang teman yang saya … rasa sangat dekat dengan hati dan untuk ciuman itu … terasa separuh daripada sakit ketika itu hilang…Insyallah … dimasa senang dan susah ..saya pasti akan mengenang jasa kamu itu.

Untuk rakan-rakan yang lain… kamu semua itu adalah rakan yang terbaik yang pernah saya ada.

Untuk sayang seorang ibu… segala suapan itu … menghilangkan separuh lagi sakit itu…

Untuk kasih seorang bapa … yang berair air matanya  melihat saya dikatil.. saya teruskan lakonan untuk kelihatan oke .. walaupun mengigil menahan sejuk yang terasa sampai ke tulang itu…luv u Abah…

Untuk prihatin kakak dan abang – Terima Kasih tuhan kerana menghadiahkan mereka untuk saya ! Nyata … nasihat kamu itu – sehingga sekaarang masih kedengaran ….

Mungkin ada yang kata saya over… apabila berfikir akan menemui ajal dengan penyakit yang dibawa oleh nyamuk ini…

Benar- ketika dimasukkan ke wad high dependency .. rasanya mahu pengsan kerana penyakit ini..boleh membawa maut…palate saya 80, 70, 50… dan sekiranya turun lagi … lagi parah … tapi mungkin dengan sup ketam emak saya itu – Alhamdullilah segalanya semakin bertambah baik…

Anyway… walau dimasa ini .. saya semakin pulih .. tapi hati dan perasaan ini terasa sedih dengan apa yang jadi dengan tempat saya mencari makan ini…

Entahlah … apa nak jadi…

Saya mungkin paling terasa kerana … saya melihat semuanya indah belaka ketika permulaan … dan keindahan itu semakin hilang .. dan ramai yang akan hilang…

Tetapkan hati … wahai teman …

Saya juga tahu …rezeki ada dimana-mana ….

Letak sahaja … dimana .. jika sudah intan … pastinya kamu menjadi intan … campaklah dimana … dilangit jauh kamu pasti akan jadi kejora …

One thought on “GigiL

  1. ada yang berada memimpinmu disaat kau enggan berjalan. ada yang menongkat mu disaat kau mahu rebah.

    terima kasih juga kerana selalu melayan karenah akak walaupun demam akak tak berapa teruk. selalu mahu temankan akak makan bubur uncle lim dikala akak tak sihat. selalu mau menemankan kak lin ke klinik dikala tak ada yang ambik peduli.

    kita sama – hidup diperantauan. siapa yang kita ada kecuali teman-teman yang peduli dan sayang akan kita.

    luv ya bebeh!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s