HANDLE DAN TACKLE


Minggu lalu, aku diassign untuk handle sebuah team dan menjayakan sebuah program kerjasama antara AADK dan FM.

Dan ianya berjaya.

Segala persoalan dan jawapan sudah pun direkodkan … dan mungkin mereka kembali menganalisis mengapa … kumpulan penagih, mat rempit dan gam ini sehingga kini masih tidak berhenti untuk terus menagih…

Selama tiga jam itu… pelbagai reaksi dan soalan yang aku terima…Bagi aku handling this team … tidak ada masalah… serius…

Mereka lebih senang handle berbanding dengan mereka yang cerdik dan pandai itu…Modal yang aku perlu ada yang hanya perlu berbual dan mengganggap mereka sebagai rakan yang tahu apa masalah yang mereka lalui…

Aku ditanya oleh Ketua Pengarah dan Profesor daripada AADK… bagaimana kamu handle mereka ? dan kami lihat kamu bagaikan dekat dengan mereka…

Aku jawab- mereka juga seperti kita, mereka ini saya anggap sebagai kawan dan kita hanya berpegang kepada kepercayaan untuk menjayakan misi ini…

Aku juga pernah merasa remaja… dan jiwa remaja aku tahu senang untuk memberontak … tidak suka terikat ditanya berkali … dan suka buat suka hati…

Jika ada yang mahu menasihati… biarlah soalan itu diberi tidak menimbulkan rasa marah … dan jangan menyalahkan mereka kerana jalan yang mereka pilih … adalah yang terbaik yang ada pada masa itu…

Aku kira mengumpulkan kumpulan ini.. bukan kerja senang… modal duit itu sudah tentu…Ada payment datanglah mereka… Jadi menangkap kepala ketua mereka juga sangat perlu…

Bila ketua setuju.. semua akan tunduk ikut..Aku masih ingat mengerjakan sebuah assigment yang bertajuk Tren Songsang.. target aku ialah mat punk dan gothic…

Masalah aku ialah tiada sebarang contact untuk tugasan ini.. jadi hunting untuk mendapatkan contact adalah perlu..kerja pertama ialah mendekati mereka… dan hampir seminggu aku lepak di Bukit Bintang bersama seorang teman seopis…

Dan akhirnya kami dapat memujuk seorang mat punk dan geng mereka untuk turun shooting… pengalaman ini tidak pernah aku lupa.. kerana teman aku dipau kerana mereka mahukan duit untuk membeli arak ketika itu..

Damn .. dan terus aku celah ketika itu..

“Beb, apa hal ni, gengkah kita nie,” dengan muka merah aku tanya.

” Kami tak cukup duit nie”, jawab mereka. Aku hanya takut kena hempuk dengan helmet aja member aku yang chomel nie..

Terus one of the gang mereka yang aku rasa baik nie, malu dan terus belah.. dan aku follow mereka ke kedai itu dan menipu aku adalah student yang sedang melakukan assignment .

Mereka tertipu. Dan pada hari yang dijanjikan mereka sampai untuk shooting, mereka tidak ada.

Lantas aku sms.. manusia pegang pada janji, kita bukan binatang perlu tambat pada tali.

Terus aku disms .. dan this guy kata- oke esok kami sampai jam 4 petang.

Esoknya mereka datang dengan uniform lengkap seorang mat punk.. dan pada masa itu aku sangat takut kerana mereka ada benda-benda tajam yang dibawa..

Nekad. Bawa sahaja mereka ke lokasi selamat.

Segala tugasan selesai .. sehinga tengah malam.. mereka enjoy dengan membeli minuman syaitan itu.. dan segala cakap-cakap mereka itu buat aku sedih…

Ada yang kata.. kami begini kerana keluarga tidak memahami apa yang kami mahu.. kami begini kerana kurang kasih sayang… kami begini kerana keadaan yang merumitkan segalanya..

Aku bukan penyelesai masalah mereka .. aku hanya pendengar …. dan aku hanya mampu untuk berkata… jangan terlalu liar sudah.

At last- mereka juga ada maruah dan segala yang berlaku pada mereka ini ada sejarahnya… dan janganlah sebagai masyarakat kita sentiasa menyalahkan mereka …

Kerana mereka juga mampu untuk berubah..

Kita juga bukanlah suci sangat daripada dosa …

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s