7 WASIAT Raja-Raja Melayu


Aku generasi selepas merdeka…

Aku tidak tahu … akan wasiat yang telah dibuat oleh Raja-Raja Melayu sebelum ini… aku mengambil kesempatan untuk tahu apa hak orang Melayu dan Tanah Melayu…

Sehingga Melayu dan Negara ini tidak diperkotak katikkan oleh mereka-mereka yang ada kepentingan sendiri…

Aku kira … membaca sebuah majalah pada hari ini… membuatkan aku rasa marah dengan mereka-mereka yang mempergunakan bendera-bendera mereka untuk kepentingan mereka…

Aku yang tidak kepentingan di mana-mana bendera itu… hanya berharap sebuah negara merdeka yang kita panggil Malaysia ini… sentiasa terjamin keamanan dan sentiasa maju dan berdaya saing…

Aku tidak ada kuasa untuk menetapkan itu dan ini dalam membentuk sebuah negara yang kukuh dan aku kira aku ini hanya punya kad pengenalan yang bila aku tunjuk aku adalah warga Malaysia…

Lahir disebuah negara merdeka dan Malaysia … sangat aku bangga… sehingga apabila berada dinegara orang… tidak sehebat negara aku… aku selesa untuk berada di Malaysia…

Aku bangga untuk menjadi anak Malaysia… dan aku juga bangga kerana aku juga pernah menjadi seorang wartawan kerana dari situ aku tahu perkembangan politik negara dan aku tahu mana satu yang baik dan buruk dan berkawan dengan mereka yang punya pengetahuan luas di dalam politik menjadikan aku ini tidak buta perkembangan semasa…

Baru-baru ini.. aku diberi peluang untuk menyibuk dan berjumpa dengan unsang hero ialah Bah Ayob… dia bukan orang Melayu.. dia adalah orang Semai dari suku Senoi.. perjuangan dia mempertahankan maruah negara bukan kepalang …musuh negara jangan berada dihadapan mata … dia pasti tembak bagi mati… aku respect dia nie…

Aku kira kalau cerita lagenda difilemkan dan selalu disampai sehingga turun temurun … mengapa cerita Bah Ayob ini tidak ada yang bercerita … hanya dia sahaja berbuih bercerita mengenai perjuangan dia dan skuad dia ketika itu…

Living Hero

Living Hero

Aku sedih kerana kalau bukan dia .. siapa lagi yang duk tercongok dan tegap berdiri menentang musuh …

BERBEZA … dengan situasi sekarang… kata orang zaman berubah … manusia juga berubah …

Aku sedih bila melihat mat-mat melayu yang bangga dengan laju memecut motor kapcai mereka … menempah maut … untuk tunjuk siapa hebat diantara mereka …

Aku sedih bila melihat kutu-kutu rayau itu dikalangan orang Melayu…

Aku juga sedih bila melihat anak -anak melayu itu tidak menyambung pelajaran sedangkan mereka itu ada peluang untuk menyambung pelajaran…

Aku mahu bercerita mengenai saudara rapat aku yang sudah … berhenti sekolah pada tingkatan tiga… terlibat dalam lumba haram jangan cerita… patah riuk … masuk ICU semua sudah… apa nak jadilah…

Pernah raya tahun lalu … dia dimasukkan ICU dan sedar kehadiran aku … aku bisikkan … dan kata .. sudahlah jangan berlumba … muda-muda dah sakit dan apa nak jadi nie… kalau datangkan faedah tak apa …

Dan jawapan dia ialah – kak, dah tak sekolah dan tidak bekerja… apa lagi saya nie berlumbalah ..

Apa kono ko jang oi… wat malu aja … penampo baru tau! Buat malu aku dan Melayu aja…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s