Hectic!


Mungkin aku rasa … hidup aku dah cukup stress dan hectic dengan segala macam urusan yang perlu disettlekan…

Tapi aku sedar … urusan orang lain juga lebih berat dan mungkin lebih hectic daripada aku… mungkin tahap stress ini hanya berada ditahap satu.. di dalam stress mereka -mereka itu. Hiks.

Alhamdullilah… setelah segala usaha keras mencari location untuk shooting minggu … akhirnya aku jumpa tempatnya …dan aku sangat berterima kasih kepada kengkawan yang bersusah payah bersama membantu menelefon dan mengsurfingkan internet untuk urusan itu…

Aku sangat bersyukur kerana punya rakan-rakan yang supporting dan understanding…

Aku sangat bangga punya rakan yang juga kalut melihat aku… yang sedang melalut dan ke sana ke mari tidak senang hati…

Berapa banyak tempat…Berapa banyak nama telah aku hubungi…

Selepas semua itu- dalam hati kata … aku hanya tinggal satu sahaja talian hayat… dan talian hayat ini berjaya memberikan ruang untuk aku menjalankan segala urusan shooting kali ini…

Namun dalam sedikit rasa gembira ini… aku bimbang dengan perasaan seorang teman… yang meratapi cinta yang tidak kesampaian…

Aku tanyakan kepada dia… segala fikiran itu dan rasa setengah mati itu berbaloi .. untuk dia lakukan sekiranya si dia itu langsung tidak memikirkan hati dan perasaaan dia…

Aku lihat mata dia berkaca… dan terus dia tunduk …

Alahai dunia dan cinta. Macam-macam cerita…

Sabarlah wahai teman…

# Teringat lagu Gee.. kau yang merubah segala… kau yang sebenarnya yang mencuri hati.. aku yang masih … meratapi kehancuran .. cinta lalu yang tidak kesampaian… apakah aku terburu-buru… cuba melupakan peristiwa lalu… atau mungkinkah aku terpesona dengan kejujuran yang engkau berikan… halah…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s