Rindu…


Apabila seorang teman bertanya adakah mahu mengikutnya pulang ke kampung untuk sebuah majlis memperingati arwah datuknya… saya katakan ya…

Sedetik saya berkata … tidak pernah bermimpikan arwah ker?? katanya tidak.. cuma malam selepas kematian itu… mungkin di dalam keadaan sedar ataupun tidak dia terlihat arwah…

Sehingga saat ini.. saya sangat merindui untuk menemu dengan arwah moyang saya .. saya sangat sayangkan dia .. terfikir mengapa kakak sahaja yang bermimpikan dia .. mengapa bukan saya …

Setiap kali pulang ke kampung hati pasti sayu melihat rumah tinggalannya yang hampir menyembah bumi … apabila saya ingin mengambil  gambar rumah itu …saya dihalang oleh mak …katanya jangan diambil .. sebab terlampau sedih..

Dan saya segera ambil juga .. sepanjang perjalanan itu muka emak masam aja .. segera juga saya delete gambar itu … biarlah kenangan indah hanya menjadi memori sepanjang hayat…

Rumah yang mahu menyembah bumi itu … pernah bergegar kerana hentakan kaki saya yang kuat …

“Jangan terjun dan berlari dirumah ini.. kalau roboh … manalah nyang nak duduk nanti,.kata nenek yang dipanggil moyang kerana dialah penjaga emak …

Aku masih ingat … kaki hampir terbolos disalah satu papan diserambi kerana berlari dan melompat bersama sepupu yang lain… dan kerana aku takut kena marah .. aku ambil bantal dan sorokkan kesan retak yang ada .. dan akhirnya kantoi juga … aku dicubit dengan kuat oleh kakak aku yang sangat garang pada masa dulu…

Dibawah rumah itu .. aku pernah bermain pasir dan mengeluarkan kain-kain buruk dan bermain pondok-pondok diatas pasir…. dan aku pernah takut untuk tidur dirumah itu kerana terlalu gelap dan sunyi … sehingga aku tidur dilengan emak …

Aku juga sangat takut mendengar bunyi cicak yang sangat kuat .. sehinggakan mendesak emak pulang kerumah sahaja… dan paling aku rimas apabila toiletnya berada diluar rumah… parah bila malam mahu ke bilik kecil itu…

Rumah yang hanya ada satu bilik itu… berdapurkan kayu .. habuk diatas meja sentiasa ada … kerana kesan daripada abu yang ditiup angin… dan dirumah itu juga tidak mempunyai bumbung dikawasan tempat membasuh pinggannya …

Jika dilihat daripada tingkat dapur … akan terlihat kuburan Islam yang tersangatlah dekatnya dengan rumah itu … tapi ketika kecil tidak pula aku takut untuk bermain dekat dengan kubur itu .. aku juga sering bermain dekat sangat dengan batu nisan dan mencari kayu dan daun untuk bermain pondok-pondok.. kadang kala terdengar suara nyang yang menjerit..

“Jangan kau main jauh-jauh … meh balik!.

Lekas aja aku lari balik … takut diadukan kepada mak .. matilah aku nanti dibelasah dan dikejar askar-askar mak yang lain…

Rumah itu menjadi rumah kedua kerana setiap kali pulang berbasikal daripada sekolah rendah … aku pasti akan menjeling ke rumah itu dan jika terlihat arwah nyang aku akan menjerit..

“Oh nyangggggggggggggggggggg!!! buat apa tu,”.

Balik raya ini … aku harap rumah itu tidak lagi roboh… dan masih ada struktur asal ….

Aku juga sangat berharap emak membenarkan aku menziarahi kubur nyang kerana sehingga ke hari ini…antara ratusan batu nisan  yang ada … aku tidak tahu dimanakah kubur nyang …

Tak kiralah nak jadi apa.. aku nak juga ikut Abg aku menziarah kubur nyang.. sebab aku rindu dengan dia…

Nyang juga meninggal dunia semasa hari raya ke – 5.. seingat akulah.. nak dekat raya pasti ingatan lagi kuat dengan dia.

Semoga rohnya dicucuri rahmat…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s