Apabila saya terpacak sebelum jam 8 pg.. seorang teman ini.. terkejut kerana mungkin bagi dia saya ini seorang late comer..
Mula saya tidak mahu pergi kerana ..calltimenya itu.. tapi message yang disampaikan oleh teman ni .. membuatkan saya terus membesarkan mata .. dan terus mencapai towel dan mandi…
Katanya ..peluang untuk berjumpa beliau bukan senang .. dia pun sudah tua… dan mungkin tidak lama umurnya lagi.. jadi saya terpukul dengan cakap-cakap ini..
Saya kenali beliau hanya dengan membaca article dan blog mengenai pemikiran dan apa update daripada dia ..ada yang membenci dan ada yang sangat menghargai apa yang telah dilakukannya…
Perbualan seorang teman yang tidak berapa gemar dengan beliau.. membuatkan saya panas telinga.. terus cakap-cakap saya yang terarah untuk pro beliau, disokong beberapa teman yang lain…yang mengiyakan itu dan ini.. hehehe.
Saya katakan kepada teman ini.. terpulang bagaimana mahu menilai segala apa yang telah dilakukan untuk kepentingan negara ini.. namun apa yang saya tahu hanyalah .. saya sangat berterima kasih kepadanya kerana saya membesar start dari beliau menjadi perdana menteri.. saya menikmati segala kemudahan yang beliau adakan .. dan bagi saya dia merealisasikan apa yang mantan perdana menteri sebelum ini impikan…
Beliau yang amat saya kagumi… DR M.

Beliau dan bandnya yang saya sangat sukai lagu-lagunya..tanpa saya sedari hampir ke semua lirik Alleycats saya menghafalnya… band yang ditubuhkan pada tahun 1969… punya trademark yang tersendiri..melihat beliau perform .. bagaikan mendengar kaset.. kata rakan disebelah saya ketika itu… hiks.

Mantap vokal dia.. tapi tanpa loga .. bagai ada yang tidak kena
Entah kenapa bila dengar lagu Seribu Bintang – rasa nak bergenang air mata…