Baran…


Lawak seorang teman ini, membuatkan aku geli hati..

Bila sedikit sahaja kesalahan yang aku buat dan memandai sahaja menuduh melulu.. dia akan kata.. AKU BARAN NIE…

Mula aku gelak.. tapi aku terfikir .. sifat baran nie.. memang tidak elok untuk dipraktis.. rasa marah yang meruap-ruap .. sehinggalah membawa kepada rasa tidak puas hati.. benci dan terus berdendam… hanya pemusnah kepada diri sendiri.. lama-lama marah kita sebenarnya suka didampingi syaitan.. dan marah akan membuatkan otot muka kita cepat kendur…

Sejak dari kecil .. sudah diperkata aku nie baran … semakin besar aku kira aku bukan baran sebenarnya.. aku sebenarnya tidak suka berkongsi kasih bersama kakak -kakak dan abang aku sendiri… teringat pada suatu masa … aku pernah membaling sikat ke muka kakak aku yang bertahan melayan kerenah aku.. kerana mahukan disikat rambut dengan cepat kerana rakan-rakan sudah menunggu diluar rumah…

Aku mudah berkecil hati dan rasa marah .. jika kasih dan perhatian itu diberi lebih daripada aku.. aku mudah baran .. dan marah-marah… lama ke lamaan.. aku sedar .. perangai itu perlu berubah.. tidak selamanya mereka akan bersama aku… dan lebih ramai lagi yang mungkin ada sifat panas baran..

Namun sifat marah dan baran .. ini membuatkan orang meluat dengan kita… tetapi sejauh mana kita menahan rasa marah dan bersabar dengan pekara yang betul-betul menguji kesabaran manusia yang kurang imannya seperti aku…

Antara tips yang aku dapat untuk menahan marah ialah … mengucapkan astagfirullahalazim…

Aku telah mendengar forum ini … bahawa ..pada zaman baginda Rasullah SAW.. seorang umat ini telah bertanya apakah perkataan yang paling dibenci oleh syaitan..

Dan jawab baginda ialah ASTAGFIRULLAHALAZIM…

Untuk rakan-rakan yang sedang menahan rasa marah.. selalulah mengucapkan ASTAHFIRULLAHALAZIIM…

Mungkin aku jahil dalam bab agama .. tapi  untuk mengelak keadaan menjadi bertambah marah dan membara.. amalkan ya..

Renung-renung dan selamat mencuba…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s