Ala kadar


Alhamdullilah… walau apa jua keadaan dan ribut-ribut .. kami semeja jua untuk menikmati juadah berbuka puasa…

Semalam.. aku guris hati seorang teman.. mungkin keadaan yang sesak membuatkan aku mengeluarkan kata-kata sinis kepadanya…

Aku kata. ” Im not talking to you,”.

Terus keadaan menjadi tidak tenang dalam hati aku.. dan aku sangat bersyukur kerana teman ini.. memahami keadaan aku.. yang dilihat di dalam mode tidak berapa bagus.

Lantas aku sms dia.. maafi aku.. kerana mungkin kerana keadaan yang tidak berapa bagus .. aku melemparkan kata-kata itu.

Balasnya.. tidak ada apa-apa..

Sungguh aku rasa bersalah. Dan dia sahajalah memahami aku dimasa ini.. kemarahan yang dipendam rupanya meletops disitu..

Lantas aku bangun dan menuju ke kereta .. untuk mententeramkan hati.. kelakuan itu dilihat seorang teman.. dan dia tidak menegur aku dan melihat aku dari jauh…

15 min.. sms aku terima.. kenapa nampak kusut.. aku balas .. mungkin keadaan yang tidak selesa menyebabkan aku mahu bersendiri..

Dan dibalas.. sabarlah.. kita semua cari makan … syukur dengan nikmat yang ada..

Aku sangat syukur kerana rakan-rakan ini.. menjadikan aku sentiasa berfikiran positif di dalam setiap apa juga keadaan.. mereka ini .. sentiasa berada di dalam ingatan aku..

Hari ini dan dimeja ini…walaupun masing-masing punya kerja yang menghambat…kami tetap jua tersenyum demi mencari rezeki…

Walaupun aku..diajak berkali-kali oleh seorang teman untuk menemaninya ke majlis berbuka puasa di Petronas Twin Tower… namun aku reject.. kerana tuntunan disini .. menyebabkan aku tetap bersama kerja dan rakan-rakan yang punya semangat kerja yang berkobar-kobar…

Semoga apa yang kita pertahan dan semangatkan itu.. datang berbaloi-baloi..

Apa lagi.. bedal.

Apa lagi.. bedal.

One thought on “Ala kadar

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s