Bolak balik hatiku


1st Ramadhan- aku masih disini, mengerjakan apa yang perlu.

Sedar dari tidur aku terus menelefon mereka dikampung.Perbualan bersama denganmy nephew.. menyenangkan hati … and it’s so sweet.

” Helo… boleh saya bercakap dengan Puan Rohani,”.

” Iya… ohhh nenek ya… ,”jawap Parisssssssss.

Terdengar dari jauh .. dia menjerit..

” Nenek .. ada kawan telefon…,”.aku terdengar mak berkata.

” Mana kau tahu,”.

Jawabnya : Nama nenekkan Rohani.

Tergelak aku. Dalam hati kata.. sudah besar sudah budak itu. Bila aku dirumah tidak pula semesra itu dengan aku.

” Masak apa hari ini,”. tanya aku dengan nada tidak bersemangat.

” Biasa-biasa aja, entahla na… hendak dimasak sedap-sedap bukannya abah tu bukan boleh makan,”.

Aku terdiam.

Apa rasa agaknya badan abah itu. Aku berharap puasa ini dia bertambah sihat. Menghindarkan nafsu makan dia yang tidak mengendahkan penyakit yang ditanggung.

Rencana untuk minggu hadapan aku akan ke Bandung. Melihat negeri orang.

Sebelum ke sana- aku perlu melawat abah dahulu.. tungguuuu.Aku akan pulang.

Aku memang mahu benar ke Indonesia kerana mahu melihat cara hidup masyarakat serumpun… sebelum ini aku hanya mendengar cerita-cerita masyarakat dan politik Indonesia..

Mereka kata jurang kemiskinan sangat besar…Mereka kata disana banyak lokasi menarik…

Mereka kata jika ada duit… disana artis pun boleh jadi jadi pembesar dan orang politik..

Mereka kata disana masyarakatnya menghormati orang luar…Mereka kata disana terlalu sempit… dengan kenderaan itu dikata di Jakarta…

Mereka kata.. disana banyak cewek yang cantik – disesetengah kawasan..Aku juga ingin melihat adat perkahwinan masyarakat Jawa …

Namun .. aku tidak seceria seperti minggu lalu menanti dan mengira hari untuk percutian kali ini…kerana perkhabaran kesihatan  abah… menjadikan trip ini bersulam-sulam dengan perasaan bimbang dan resah…

Benarlah kata orang- Kita merancang, tuhan menentukan.

One thought on “Bolak balik hatiku

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s