Ada apa ya dengan IKEA? Sehinggakan ada seorang teman aku ini rumahnya diisi dengan perabot semuanya made @ IKEA.
Apa yang istimewanya IKEA ini sehingga branch ini dibuka di Sweeden, UK, Poland, Arab Saudi, Israel, Rusia dan Malaysia..
Apa yang meletops sangat barang IKEA berbanding dengan kedai perabot Pak Mat dan Mak Bedah yang lain.
Sejak IKEA dibuka di area Damansara itu, aku kurang daripada 10 kali ke sana… belinya tidak hanya tengok-tengok dan beli barang yang kecil-kecil sahaja. Yang lagi best kalau teringat meatball yang dijual, pasti akan mengheret aku dan beberapa orang teman datang ke sini.

Sedapnyaaaaaa meatball
Sejak IKEA ini dibuka aku hanya tahu.. barang-barang ini semuanya made in Sweeden. Sejarah lain aku tidak ambil pot.
Bila berjalan di IKEA ini .. aku akan rasa banggunan setingkat itu kecil sahaja… kerana khusyuk melihat barang-barang yang disusun dengan begitu sesuai dengan jiwa aku!
Apa yang aku suka sangat dengan IKEA ini ialah barang-barangnya yang comel dan design barang-barang yang mempunyi ciri-ciri simple dan yang penting menjimatkan space .. ialah rumah kat bandar besar ini kan comel-comel 🙂
Banyak yang aku perhati jika melangkah ke IKEA antara yang disediakan ialah ada peta pengukur, pensil dan checklist… dan apabila makan dicafenya .. akan ada sign yang menyuruh pelanggan untuk meletakkan pinggan sendiri dibahagian yang disediakan untuk memudahkan proses pembersihan. Satu menjimatkan kos menghire pekerja dan dua barang yang dibeli disini akan diperoleh dengan lebih murah kerana kos itu dapat dikurangkan.

Kenapa ada pensil dan pita pengukur nie?
Rupanya mereka punya designer yang sangat kreatif untuk menghasilkan produk yang boleh penetriate market all around the world.

600 pekerja diperlukan untuk memenuhi permintaan bantal ini
Setiap barangan yang dicipta .. punya cerita sendiri …bagaimana si designer mencipta barangan dan tekanan design yang direject daripada orang atasan membuatkan mereka bekerja dengan lebih masa…

Kain batik cop gajah duduk pun dah lama adalah ..
Founder IKEA ialah Ingvar . Sebelum semuanya menjadi besar .. dia hanya seorang penjual pensil dan alatan penulisan yang lain. Semua barang yang dijual akan ditempah mail order.. pada mulanya.. dan simbolik dan semangat IKEA ini diambil daripada tebing batu yang terletak di Smaland .. sebuah kawasan terpencil.. batu-batu ini simbol perikatan yang kuat dan terpelihara walau apa pun situasi.
Haaaa. bukan promote IKEA.. tetapi idea dan sejarah IKEA bermula daripada sekecil-kecil idea.. sehingga sebesar-besar gudang diseluruh dunia.. dan kita menjadi pelanggan mereka dan menghayati segala kejayaan orang luar..
# Pak Mat Tempe kat kg aku bila nak kaya agaknya – macam tulahh.
bestnyer..IKEA..kui..kui