Satu Dunia…Hilang Terasa


Orang yang cari makan di dalam dunia broadcasting akan selalu berkata .. dunia broadcasting tidak besar… pergilah cari makan di mana-mana … kita pasti akan terjumpa muka yang sama …

Suatu masa dahulu… aku sangat berharap dapat berjumpa dengan arwah Yasmin Ahmad… tidak mengapa jika aku berselisih bahu mahupun ternampak dia diseberang jalan … aku telah pasang niat …. even say hey… sekalipun sudah memuaskan hati aku…

Aku mula mengenali beliau apabila terlihat iklan petronas dan menonton beberapa filem dia yang disebut-sebut orang… filem Talent Time adalah filem terakhir yang aku tonton…kemudian aku terus melayari internet mencari siapakah Yasmin Ahmad ini…

Blog dan youtube juga aku cari untuk mengenali beliau… beberapa tv show yang diconduct diSingapore juga aku tengok… yang aku paling ingat ialah dia sangat meminati lukisan Picasso…Kemudian beberapa prinsip yang dipegang di dalam pembikinan filem yang dibuatnya … membuatkan aku teruja… the shot is so simple but give so much impact to our heart …

Pernah aku menghabiskan weekend aku … untuk melihat video yang diupload diyoutube mengenai hasil kerja dan siapa dia, terus terang punya banyak director dan producer di Malaysia … hanya dia aku teruja untuk menonton segala end productnya hingga ke minit yang terakhir.. entah daripada aku dimomokkan dengan cerita bodoh dan berhantu lebih baik aku tengok star ini (Yasmin Ahmad)…

At one time , pernah aku meminta seorang teman untuk membawa aku berjumpa dia … namun mungkin kerana teman ini juga bz dengan kerja-kerja dia … permintaan aku mungkin tidak dibelakangkan dahulu, bagi mereka yang berkesempatan menemui beliau, bekerja dan even mengenali dengan lebih rapat … itu adalah priceless….

Dia.. adalah anugerah yang tidak ternilai… (aku sangat marah apabila membaca write up di dalam kosmo hari ini- kerana apakah mesej yang cuba disampaikan – editor mana yang merealease story sebegitu…)

Akhirnya Yasmin telah pergi menemui Yang Maha Kuasa- dua hari yang lalu…dan niat aku juga tidak kesampaian untuk bertemu dengan Dia…

Bila cari makan di dalam satu dunia yang sama … hilang dia terasa .. dan benarlah …dia belum ada pengganti… dan hilangnya dimasa kita memerlukan star seperti dia…

Dan saat dan ketika ini… aku tahu mati itu pasti … tetapi kehilangan Yasmin Ahmad dan seorang rakan dua tahun lalu… adalah sesuatu yang mengejutkan… sehingga aku berkata kepada seorang rakan… maafilah aku jika pernah aku melakukan salah kerana aku semakin takut melalui hari-hari yang akan datang …kerana kerja-kerja ini … kadang kala membuatkan sehingga kita lupa mempersiapkan diri sehingga ajal datang menjemput kita…

Semoga rohnya Yasmin Ahmad ditempatkan bersama orang-orang yang dirahmati… Al Fatihah..

2 thoughts on “Satu Dunia…Hilang Terasa

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s