Reason Apa?


Aku agak sentap bila aku tarik kerusi … dan belum sempat mengorder air teh tarik, seorang daripada teman seofis memberi aku satu khabar yang tidak gembira..

“Beb, gaji bulan nie lambat- masuk bulan depan kot,”  dengan muka selamba dia cakap.

Terkezutt mak. Adakah kita mempunyai masalah financial sehinggakan gaji bulan ini lambat dan adakah keadaan semakin meruncing sehingga membawakan bos aku itu ke SJMC…

Adakah penamatan kontrak yang dibuat ke atas rakan-rakan aku sebelum ini adalah tempias kepada keadaan semasa …Seingat akulah, sejak aku bekerja dengan co ini- ini adalah kali pertama lewat..

Terus aku letak beg dan menuju ke bilik bos yang seorang ini… Aku tanya dia,  itu dan ini … dan dia menjawab adalah kerana kami melanggar deadline dan impaknya payment itu lambat dibayar oleh pihak yang lagi satu…dan aku tanyakan lagi.

” Tidakkan kita hanya menanti payment untuk program PH sahaja”.

Jawabya tidak… ada beberapa payment juga lambat… dan pihak yang sebelah sana katanya sedang menguruskan sesuatu utk co ini… aku yang duduk disofa itu, menarik nafas lega.. lega kerana mereka masih melihat potensi co ini untuk maju seperti namanya juga…

Some say – Time is money..itu tepat sekali, bila kita kerja di dalam production ini…dan kita jangan bekerja behind the schedule…kalau kata gaji mahu ontime .. mengapa kerja tidak ontime… aku akui kadang kala aku juga tidak ontime… tetapi aku tahu, jika aku lambat aku akan susahkan ramai orang…80 orang staf yang lain juga akan merana… Kerja diofis ini bukan semudah A,B,C kerana segala programnya adalah factual program. Dan research diperlukan untuk memahami apa situasi dan cerita yang mahu disampaikan…Aku akui  keadaan semakin rumit apabila QCnya semakin tinggi.. tapi bagi aku jangalah melampau sangat bila deadline sengaja dilanggar … kata bos aku yang sorang ini..kerana kesalahan yang sengaja dilanggar manusia…

Aku mungkin melihat daripada surface … dan lebih ramai cerdik pandai yang akan memikirkan keadaan itu…

Tapi disekeliling aku ini… pasti akan juga memikirkan for Reason Apa …yang menjadikan keadaan seperti ini? Salah merekakah … ataupun salah si dia yang pandai menganalisis orang sehingga tiada masa menganalisis diri sendiri…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s