Aku tidak boleh menipu diri apabila akur dengan perasaan merindui emak dan abah dikampung… Aku rindu untuk merasa teh tarik yang disediakan emak setiap petang…
Aku juga rindu untuk mendengar nasihat abah mengenai hitam putih kehidupan…
Aku mula membuat keputusan sepenuhnya apabila pindah berjauhan dengan family kerana mahu mencari ilmu dan perjanjian mahu membawa segulung ijazah. Sebagai tanda adalah aku ini menjadi seseorang. Tidak terbiar menjadi budak liar dan tidak ada wawasan kata abah aku.
Semakin hari .. semakin banyak yang perlu aku decided. Bila duduk sendirian .. aku selalu terfikir adakah segala keputusan itu membawa aku ke landasan yang benar…
Kadang kala keputusan yang dibuat adalah mengikut perasaan sehingga aku kerugian ..
Kadang kala keputusan yang aku buat mengikut kata hati.. sehingga aku fikir sampai hati jika ada orang yang back stabbing aku sendiri.. biar benar …
Selalunya jika aku kalah dan tidak punya kata .. aku selalu kata biarlah tuhan membalas apa yang dilakukan .. (jangan ketawa kak lin)
Setiap hari ada sahaja… kadang kala aku menyesal kerana keputusan yang dibuat kadang kala memakan diri dan kadang kala membawa sesuatu yang berguna.
Apabila aku mendengar masalah orang lain… kadang kala apa yang dicerita seperti cerita drama bersiri ….. ada yang macam sebuah novel kehidupan yang kesudahannya tidak indah.. ada yang macam cerita karton sponge bob pun ada..
Hitam putih kehidupan itu adalah jawapan…
bukan semua yang hitam itu kelam, bukan semua yang putih itu indah
adakalanya pakaian yang cantik itu memerlukan kombinasi kedua-dua warna
tapi saya cukup teruja dengan semangat cik beautifulcrazy…biar Tuhan yang membalasnya…sangat mendalam untuk difikirkan…
Jangan selalu kita lupa…DIA sentiasa ada.
Apa lagi….kemas beg, start keta…mulakan kembara..Melaka….Apalah sangat…Tapi sebelum jalan tu…PI BETULKAN AIRCOND TU DULU!!!!!!!!!!!!!!!