Aku bukan pengemar muzik 80an… lebih-lebih lagi jika ada lagu daripada negara seberang… aku dikenalkan dengan muzik sebegini apabila terdengar lagu Indung-indung yang dinyanyikan oleh Endang S.Taurina.
Agak pelik … dikalangan rakan-rakan sebaya apabila aku menghafal lirik ini apabila menyanyi dikaraoke…
“Nie lagu siapa nie… tidak pernah tahu siapa penyanyi,” kata seorang teman yang kecil moleh -Intan.
Namun bagi yang minat menyanyi lagu ini mungkin pernah dinyanyikan ataupun didengari.
“Laa ini lagu penyanyi hebat daripada Indonesiala”, kata seorang teman yang berjiran dengan aku nie.
Semalam aku menonton konsert yang vokalnya meletops…dari start hingga habis konsert peminat Ria Resty Fauzi.. Tommy J.Pisa ..Endang S.Taurina…Tetty Kadi..Halil Chik dan ramai lagi… tidak henti-henti menyanyi bersama artis kegemaran mereka… Sampai ada yang menari dibawah pentas…
Yang pasti … ada banyak lagu-lagu yang tidak pernah aku dengar … dan kini aku sudah jatuh cinta… selalunya aku sering mendengar lagu-lagu hits seperti Get Low..Get Low (Flo Rida), Boom Boom Pow (Black Eyed Peas).. Tipsy …Hero(Mariah Carey) … Living Next Door To Alice (Smooky).. carta hits selalu aku tengok … sehingga aku sering dianggap gila lagu hits daripada rakan-rakan yang seangkatan dengan aku…
Jika ada lagu yang sedang up… pasti cepat sahaja aku tahu… aku tidak pernah untuk tahu lagu apa yang menjadi kegilaan pada tahun 80an…
Kehebatan mereka adalah pada lirik yang mendalam dan vokal yang bagus… jika hendak dibandingkan dengan artis yang lahir daripada undian SMS itu .. raja SMS ker … tidak setaraf dengan diaoarang…
Sepanjang jalan .. aku dok menyanyi Sepatu Dari Kulit Rusa… semua itu aku tidak minta.. Tas hitam dari kulit buaya.. itu juga aku tidak minta .. selendang dari benang sutera .. itu semua aku tidak minta .. yang aku inginkan cinta bukanlah harta…
Alahai Ria Resty Fauzy.