Saya tidak mengenali actor ini.. sehinggalah dia muncul di dalam sebuah drama di channel baru itu sebuah drama bertajuk Warkah Terakhir… di dalam drama ini dia memegang watak besar… dan lakonannya juga menjadi…

Beto On Set
Hebat… Sehingga ada seorang rakan yang menonton drama ini menangis ketika Beto yang memegang watak Rosli Dhoby dijatuhkan hukuman gantung. Ambik kau. Saya juga sangat teruja dengan visual dan pembinaan plot di dalam cerita ini.. Lebih saya suka directornya adalah perempuan.
Nampak cool aja (Wan Hasliza) itu… Ada yang kata saya ada iras dia… ermmm .. dalam hati menidakkan segala kata-kata rakan-rakan saya itu..dia tetap dia.. dan saya tetap saya.. dan kalau ada pun… biarlah bakat itu ada juga dalam diri saya juga…
Saya sempat melihat Wan Hasliza mengarah diset pengambaran di Perak ketika proses pengambaran dilakukan…punya ramai krew dia .. macam buat filem ..costume diaorang bawak .. mak oii bukan main banyak … yang saya nampak satu lori…. saya kira cost untuk drama ini tidak kurang hebatnya…
Drama ini sudah pun bersiaran sebanyak lapan episod. Selepas ini drama tanggang pula akan menyusul…tetapi lain benar end productnya..tidak sehebat drama Warkah Terakhir…Sukar untuk saya buat kesimpulan dan memberikan komen. Kerana untuk drama ini directornya juga tidak kurang hebatnya … dia bukan setahun jagung dalam bidang ini.. dia dikenali oleh semua orang… sukar juga bagi saya …untuk memberikan bintang kepada lead actornya…
Tapi tunggu sahajalah komen daripada penonton nanti…
Saya diberikan peluang untuk menerbitkan Behind The Scene untuk sebuah lagi drama … yang lead actornya adalah BETO.. actor yang sama di dalam drama Warkah Terakhir itu…
Adakah drama ini juga akan sebaik Warkah Terakhir .. dan adakah saya juga akan teruja melihat visual-visualnya itu.. directornya ada dua… dan directornya juga merangkap skrip writer… mungkin sentuhan dia juga tidak kurang hebatnya…