Makna


Browsing.. Browsing dan browsing…

Akhirnya … aku ketemu dengan sebuah blog yang menceritakan mengenai makna sebuah kehidupan..dan setiap hari perlu kita isi dengan pelbagai aktiviti… dan pastikan tiada perkataan bosan dan tidak tahu membuat apa-apa ketika mempunyai waktu terluang.. selain daripada itu …isi kepada blog ini adalah mengenai kesukaran yang dihadapi pada hari ini.. akan membina siapa kita pada masa hadapan… antara lines yang aku paling suka ialah – Every Day Of Life  Is Homework For The Future.

Bila aku flash back… aku teringat … sample paling mudah ialah … homework yang emak dan abah aku bagi setiap hari ketika aku berumur 7 tahun lagi..

Homework itu adalah :

1. Setiap pukul 6.30 petang … aku perlu dengan segera menutup semua tingkap yang ada kerana menghindar daripada nyamuk bila malam…

2. Setiap hari aku mesti memastikan baju diampaian diangkat untuk dilipat oleh kakak-kakak aku.

3. Setiap minggu aku akan bangun awal untuk menyusun segala kasut yang ada dihalaman rumah itu.

4. Setiap malam aku akan menghafal sifir dan abah akan mendengar dari jauh.. kalau salah pasti aku akan ditegur dengan sinis…

5. Setiap petang … aku akan memastikan basikal perlu berada dalam keadaan yang baik kerana esok akan ke sekolah tanpa menumpang basikal kakak yang lain…

6. Paling aku ingat ialah setiap kali abah bagi salam selepas solat Maghrib … aku perlu memastikan Muqaddam sudah tersedia dan aku sudah bertudung dan berwuduk kerana abah akan mengajar mengaji dengan rotan disebelah… (paling aku takut part ini)….

Ketika aku melalui saat itu… dua puluh tahun yang lalu… aku sangat tidak suka dengan homework yang diberikan …ada sahaja alasan yang diberi sekiranya aku terskip segala tugasan itu… paling tidak aku akan selalu tunjuk jari ke arah kakak-kakak yang lain kerana mereka lebih dewasa untuk melaksanakan segala tugasan itu.

Bila aku kenang semula… homework harian  itu sebenarnya memberikan aku sesuatu untuk dibawa pada hari ini…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s