Jemput Hadir


Aku rasa adalah sesuatu yang bagus.. sekiranya jiran tetanga mengambil tahu hal jiran mereka… bukan menjaga tepi kain orang tetapi.. sekiranya ada sesuatu yang buruk berlaku sebagai contoh kecurian ker … kecemasan ker… boleh jugaklah … jiran sebelah tolong menolong mana yang patutkan.

Lagi bagus sekiranya  kawasan rumah kita mempunyai rukun tetangga yang mengharmonikan suasana. Kenal siapa jiran kita … kenal siapa orang luar yang masuk kawasan kita.. Bagi rumah yang ada guard pun belum tentu selamat. Ini terbukti  apabila semalam aku menemani seorang teman ini menghantar barang dirumah taukey besar . Punya besar rumah dia ..sehingga aku dan member sorang aku nie  bagaikan tidak mahu keluar daripada kawasan taman perumahan ini. Dalam perkiraan aku mungkin 2 juta kot rumah dia nie.. tiga tingkat lagi…mak oiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii.

Tetapi .. pak guard dia langsung tidak menahan kereta kami.. angkat tangan dan terus jalan. Dalam hati aku kata ..tak guna punya pak guard.. harap aja terpacak kat situ.. abislah kalau penyamun tarbus merompak rumah si kaya disini..

Itu cerita orang kaya dan harta benda yang berjuta-juta nilainya. Aku yang hidup sedang-sedang aja… langsung tidak ada pak guard. Ermmmmm… tetapi perumahan yang aku duduk ini.. bukan main lagi rukun tetangga dia. Jangan silap sikit.. pernah ada satu malam ini aku turun tangga .. ditegur kerana bunyi tapak kasut.

“Dik.. kalau berjalan itu .. slow-slow sikit,” dengan muka masam terus tutup pintu mamat nie.Aku pun jalan dengan pantas. Dalam hati kata … cis nak senyap-senyap pergilah duk area yang private sikit..

Pernah sekali seorang member aku yang sudah sekian lama tidak ketemu datang menemui aku dirumah. Katanya aku rasa masuk aja kawasan perumahan aku .. ramai mata-mata yang memandang. Aku jawap biasalah diaorang rukun tetanggala tu. Diaorang memang kenal orang luar. Kes curi motor aku adalah antara kes rukun tetangga yang berjaya menyelamatkan harta aku..

Tetapi .. aku rasa mereka semakin melampau.. apabila menegur kawan-kawan serumah dan aku sendiri kerana pulang lewat malam. Ya ampun. Suka hati akulah hendak balik pukul berapa. Tidak hendak balik pun … aku punya suka!

Ada suatu malam … aku pulang awal. Kerana terlalu mengantuk aku pun terlena… sedang sedap tidur .. terdengar ketukan pintu yang kuat…

Semakin lama semakin kuat. Mula aku buat bodoh aja.. biarlah yang lain yang buka pintu.. tidak akanlah pekak dengan bunyi ketukan yang kuat sehingga boleh roboh pintu rumah aku dibuatnya..

Akhirnya aku yang bangun dengan perasaan marah dan rambut yang berserabut.

” Nie kami hendak menjemput kenduri esok.. datanglah potong-potong bawang ker mana yang patut,” kata mamat nie.

” Excuse me … awak reti tengok jam tak hendak menjemput orang ke majlis.. sekarang sudah pukul 1.30 pagi tau.. boleh tak jemput awal sikit,” jawap aku.

Janganlah marah… katanya.

Aku pun menghempas pintu rumah. Tetapi apabila aku lihat jiran hadapan rumah yang sudah terbuka pintunya tersenyum dan tergelak tengok aku.. aku pun naik hairan.. udah kenapa tersenyum.

Aku terus sms jiran depan rumah … text yang aku ialah BANGGANG BETUL DIAORANG NIE… APALAH …

Member aku reply… dia orang sebenarnya buat operasi tangkap khalwat.. yang hendak ditangkap member aku nie.. diaorang sudah kawinla … jangan marah…

Akhir.

Kalau aku jumpa mamat nie .. memang aku laser dia kaw-kaw… aku tidaklah marah sekiranya mahu menghindari maksiat… tetapi mintalah maaf salah ketuk rumah .. dan yang pasti janganlah menipu mahu menjemput untuk hadir ke majlis itu..

Sengal.

One thought on “Jemput Hadir

  1. beautifulcrazy
    maknanya anda penghuni bertuah kerana dapat jemputan time-time malam
    jangan marahkan mereka walaupun tujuh keturunan anda mungkin tAK dapat lupa insiden itu, kihkihkih

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s