Tersentuh


Aku malas untuk berkereta di siang hari … untuk melaksanakan apa sahaja hutang yang perlu dibayar dibank…

Antara sebabnya … aku benci dengan jammed…

Aku benci mencari parking…

Aku juga benci untuk beratur berpanjangan menunggu number yang akan dipanggil dikaunter itu nanti…

Online – aku jarang menggunakannya ..

Segalanya urusan hutang itu akan aku laksanakan di mesin itu (Cash Deposit). Ya memang aku memang suka cara konvensional kerana masalah internet yang lembab dan bermacam masalah nanti akan mendatangkan bahana pada aku sendiri nanti.

Oleh itu … aku selalu akan menjelaskan segala hutang itu pada waktu malam…tapi yang pasti bila malam macam-macamla pulak yang aku fikirkan … manalah tahu akan dicopek ker … orang jahat bukan main banyak sekarang…

Kalau bersendirian… pasti ada sahaja … yang aku fikirkan… dalam hati juga terdetik kalau berteman… mungkin aku agak confident sedikit..Tiba di bank di sec 9… aku terus menolak pintu bank itu… ermmm dalam hati … macam biasa … hanya ada sorang dua aja dimesin itu…

Sedang aku mengira wang untuk dimasukkan dalam mesin… aku terlihat seorang kanak-kanak perempuan … yang duduk bersandar di cermin pintu bank… Mula aku buat dek aja…tapi di dalam hati berkata .. manalah emak dan ayah budak nie… ditinggalkan anak perempuannya sorang.. manalah tahu … si penyangak jahat … datang kidnap ..menyesal tidak susah.. selagi tidak kena … emak dan ayahnya buat bodoh aja…

Bila aku melangkah setapak ke belakang … rupanya sekecil ini.. menjual keropok…semasa aku melangkah laju menuju ke mesin itu .. aku tidak perasaan si kecil ini duduk disitu… mungkin aku mengendahkan apa sahaja yang ada dikeliling aku pada masa itu.

Selesai bayar semua hutang – aku terus bertanya… mengapa dia tidak pulang-pulang lagi..” Saya tunggu emak datang ambil saya … lama da nie .. tidak datang-datang pun dia,” jawap si kecil yang berbaju kurung nie…

Aku rasa umurnya mungkin 9 tahun.. sedikit pun dia tidak takut bercakap dengan stranger … mungkin sudah terbiasa dengan keadaan sebegitu .. dia terus meminta aku membeli sebungkus keropok itu…

Lantas aku membeli .. dan ringkas  aku berpesan  kepada dia … jika emak tidak datang lagi… kamu jangan duduk di dalam gelap ya.. bahaya ..Terus aku start kereta  dan berlalu..

Sempat juga aku melihat dia .. memandang aku dari jauh.

Jahat rasanya bila meninggalkan dia berseorangan… sedangkan aku yang sudah besar pun takut bila bersendirian.. apatah lagi si kecil ini.

Harap sangat emak dia datang selepas aku berlalu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s