Tidak Semua Sempurna


Tidak semua sempurna .. iya memang benar!

Bila bekerja di dalam line production ini.. kita selalu mengharapkan hasil yang terbaik. Jika ada sebarang masalah atau kemuskyilan .. kita akan cepat-cepat selesaikan…

Hidup di dalam line ini menguji …tahap kesabaran dan sejauhmana kita menyelesaikan masalah yang ada  bersama timeline yang diberikan.. pendek kata .. pepandaila engko selesaikan masalah .. yang pasti end product itu ada dan QCnya meletops – yang ini kena tanya taukey besar dan puan besar yang ada diWP itu..

Aku tidak percaya .. jika ada yang kata.. productionnya itu berjalan dengan smooth tanpa ada masalah… paling koman pun bagi aku  …. masalah call, misscommunication ataupun masalah dengan tape itu sendiri…

Setiap hari .. aku pasti akan terdengar keluhan .. rakan-rakan yang menghadapi masalah dengan bermacam versi cerita …. dari sekecil-kecil masalah sehinggalah sebesar-besar masalah…. aku dengarkan aja …dalam masa yang sama aku jugaks ada masalah … atau sendiri cari masalah 🙂

Macam-macam perangai orang yang cari makan di dalam line ni..ada  yang suka besarkan cerita.. dan diceritakan kehebatan cerita yang dibina.. ada yang suka benar bercerita mengenai kehebatan kerjasama yang diberikan.. ada yang kutuk sana kutuk sini.. ada yang neutral …ada macam-macam perangai pelik-pelik…

Paling pedih ..ada yang hanya tahu meletakkan kesalahan itu .. dibahu orang lain…sabo ajalah.

Ada yang kata – company itu bagus … company nie macam hampeh.. company yang sinun  huru hara.. company yang itu lebih cemerlang …

Kalau dah rasa sinun.. lebih baik .. baik korang kerja dengan ajalah kat sinun…. wat apa stay .. kalau disana lebih menjanjikan lebih baik dari yang sininkan….

Dua hari lepas aku … aku tengok  sebuah establish co yang sedang shooting … ada ker patut bila ditanya shooting scheduling belum ada lagi..location tidak confirm .. skrip belum siap sepenuhnya .. talent tidak dilog timenya .. ya ampun.. yang sudah establish juga punya masalah…

Paling aku terkejut- empat orang krewnya sudah melarikan diri kerana tidak tahan dengan management co nie… cuma ada sorang aja yang tinggal dan lead team nie … katanya … kesabaran dia masih ada .. dan di dalam kegawatan ekonomi .. dia tidak boleh lari .. dia kena stay.. dan yang pasti dia tidak suka buat kerja setengah jalan …

” Meh sini .. aku tunjukkan kau … dalam masa dua hari .. aku kena siapkan semua nie … ini aku tak tahu … location dimana … scene apa lepas nie .. bila aku minta location dan scene apa .. diaorang kata tidak confirm .. dan akan update aku … ini kes niayala,” mengeluh tul mamat nie.

Aku memang respect mamat nie.. kerja dia di dalam drama Rosli Dhoby buat aku impress dengan dia … sebelum aku blah dari location .. sempat dia berbual dengan aku…

” Beb .. aku rasa gudang dibelakang itu .. aku rasa kalau ada duit buat set untuk drama .. aku kerjakan bagi boikkk punya,” sambil muka tersengih-sengih..

” Elokla tu dari gudang tu berhantu ,” jawap aku.

Akhir.

Dimana bumi dipijak .. disitu langit dijunjung –  janganlah jadi katak naik junjung sudah …. ada frasa yang dibina merujuk kepada orang-orang yang kebal dan rasa macam agak bagus..cakap tak mau jatuh.. kerja macam bu***!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s