Mengenal DIRI


Bicara dengan seorang teman aku nie.. kadang-kadang aku rasa boleh pening.. Ada yang kata dia ini pelik.. dan lebih pelik bila dia bicara mengenai ilmu mengenal Tuhan …

“Aku boleh nampak tuhan,” dengan muka selamba dia bercakap.

Hendak tersedak aku bila dengar dia kata sebegitu.. katanya adakah aku percaya tuhan itu wujud.

” Mestilah wujud.. kita ada agama,” jawap aku confident.

Jika wujud .. buktikan !.. aku kata sudah ada bukti kenapa perlu aku tunjukkan …. jangan bercakap macam orang baru lahir semalam..

Oleh kerana berulang kali ditanyakan mengenai kewujudan tuhan aku pun jawap .. ” Saya percaya .. kerana dari mana terbit suara hati ..disitu sesuatu yang perlu kita fikirkan,” nada aku semakin rendah. Kemudian dia balas.

” Aku tahu setiap kali aku bercakap mengenai pekara mengenal tuhan .. aku tahu suara hati kau bercakap lainkan.. jangan tipu aku Na.. kau boringkan tajuk nie,” dia melaser aku.

” Na.. orang buta itu boleh nampak dengan mata hati.. istilah nampak itu kita kena fikirkan juga,”

“Na.. kerusi..meja.. cawan.. pinggan dan lantai kat sini semuanya makhluk.. dan bila bersifat makhluk itu .. mati itu ada… dan tuhan itu bukan makhluk. Udah pening aku.

Akhir.

Sebelum aku menghabiskan air teh Arab itu .. dia menasihatkan aku agar menulis sebuah diari mengenai perjalanan hidup harian .. katanya kita kenal diri dulu … tengok mana yang lopong kita isi dengan ilmu agama .. kita analisis  .. jenis manusia yang macam mana kita ini..

Adakah kita seorang yang cukup solat 5 waktu..

Adakah kita seorang yang kuat bekerja..

Adakah kita seorang yang zalim pada diri sendiri..

Adakah kita .. manusia yang selalu meletakkan kesalahan diatas bahu orang ..

Adakah kita.. manusia yang selalu menginginkan sesuatu itu dengan mudah tanpa ada usaha..

Selesai aku bicara dengan dia – katanya jika kita belajar mengenal tuhan… akan datang makhluk bertanya adakah kita benar-benar mahu mengenal DIA..

Cepat aku mengatur langkah menuju ofis.. tetapi suara hati aku kata.dia adalah utusan untuk menyuluh jalan aku yang kadang kala malap .. kadang kala terang benar .. sehingga sukar untuk aku lihat jalan dihadapan ..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s