Bill Tel Melambung Tinggi!


“Assalamualaikum…. nie aku hendak tanya .. kenapa abah duk telefon kau sahaja.. sampai melambung bill tel rumah,” tanya akak aku yang cun tu. Ahaks.

” Mungkin abah rindu kot”, jawap aku ringkas.

Bila membaca blog seorang teman mengenai kerisauan dia dengan kesihatan ayah dia..  aku sentap dan teringat abah aku… seingat aku semasa disekolah dia sangat garang dan kurang bercakap dengan aku.. Jika ada pun teguran mengenai hafalan sifir aku yang lemah… jika ada sekalipun kelewatan aku mengayuh basikal dan bersiar-siar dulu sebelum balik rumah.

Yang lain tidak ada!

Tapi lately … selalu benar dia menelefon aku.. tanyanya mengenai kesihatan aku- dalam masa yang sama dia juga tidak berapa sihat. Aku tahu pertanyaan dia itu adalah cermin kepada aku untuk melihat adakah aku concern dengan dia..

Abah .. memang saya ini tidak concern .. saya selalu lupa abah tidak sihat .. saya memang pentingkan diri sendiri .pernah suatu ketika dahulu abah admitted.. saya adalah orang terakhir melawat abah.. ketika itu saya sangat nakal dan tidak menghairaukan panggilan telefon yang dibuat oleh abg dan abah juga.. difikiran saya …abg dan abah hanya mahu menyekat segala kehendak dan kemahuan saya .. dan segala keseronokan yang saya ciptakan sendiri bersama rakan seangkatan dengan saya..

Saya selalu membangkang apa sahaja yang ditegur abah suatu masa dahulu.. saya marah jika abah melarang saya untuk keluar rumah sehingga lewat petang.. saya juga marah sekiranya abah suruh switch off tv ketika waktu maghrib .. saya akan lari masuk di dalam bilik dan merungut sendiri .. dan apa yang selalu bermain difikiran saya ketika itu adalah cepatlah besar .. tidak sabar rasanya .. membeli TV sendiri dan remote itu saya yang akan control sepenuhnya …

Panggilan telefon yang aku terima daripada kakak itu .. adalah petanda bahawa .. dia juga tertanya-tanya apakah topik pertanyaan yang dibualkan sehingga berlama-lama sebegitu…

Tidak ada .. apa-apa yang dibualkan .. cuma aktiviti harian abah dan emak  sahaja bersama cucu-cucunya .. aku tanyakan kesihatan .. aku tanyakan khabar tok jin disebelah rumah.. aku tanyakan mengapa abg tidak selalu menelefon aku.. aku juga tanyakan adakah kakak itu menjengok dirumah sebelah itu….

Terbit rasa kesal kerana suatu masa dulu ..aku sangat takut berbual dengan abah.. aku juga sangat marah dan berkecil hati jika abah lebihkan abg dan kakak yang lain… rupanya dia lebih kasihkan aku.. aku selalu jelous dengan abg aku yang sentiasa menjadi fokus dia .. di dalam setiap apa juga keadaan… rupanya tafsiran aku salah selama ini…

Abah mengajar aku .. berdikari … Ditinggalkan aku berseorangan ketika darjah satu … diberinya aku basikal untuk pulang sendiri … rupanya dia tahu aku tahu jalan pulang …

Abah .. juga mengajar aku … bahawa hanya ada dua choice sahaja dalam hidup .. IYA ataupun TIDAK .. benda ini seingat aku diajar ketika aku masih belum bersekolah … diajarnya sekiranya jawapan IYA yang diberikan aku .. segala tanggungjawap terhadap IYA itu harus dilaksana dengan sepenuh hati.. dan jika TIDAK yang dipilih aku tiada peluang kedua.. adusss parah ini.. yang ini aku selalu frust…

Tetapi dalam pilihan yang dibuat itu .. emak selalu memberi jawapan extra … huahuahauhua.. luv u mak…

Teringat semula kata akhir abah sebelum meletakkan phone – Bila hendak balik nie????

Point akhir itu .. pastinya akan membawa aku balik ..

# Bila baca buku bibliography Tun Dr Siti Hasmah … sekali imbas tadi .. katanya mendidik perempuan ini .. adalah sama seperti mendidik bangsa..

Jadinya bangsa apa kita nie!

3 thoughts on “Bill Tel Melambung Tinggi!

  1. sepertimana Ina bangga memiliki dia, percayalah..dia juga bangga memiliki Ina…tetapi itulah bapa, sayangnya bukan dari sentuhan, tapi doa yang dia panjatkan ketika kita leka dibuai mimpi…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s