Aku hampir kantoi


Aku hampir kantoi.. apabila tersengih-sengih melihat kelakuan saudara blogger itu.

Mana tidaknya .. dia mengatur kata hanya dengan berbaring.. berselimut hampir seluruh badan dan makan buah jambu..

Hebat!

Aku sebenarnya tidak mampu mengatur ayat seperti dia …sekiranya aku di dalam posisi begitu. Mungkin dalam satu para pun aku sukar menulis sebaik dia…

Aku mengenali saudara bloggers ini hampir enam tahun lepas. Writing dia bagi aku punya stroke sendiri dan bagi aku layan kalau baca… Part yang aku paling ingat ialah dia mengajar aku untuk menjadi wartawan penyiaran ketika aku menjalani latihan praktikal di sebuah stesen tv satu masa dulu.

Assignmentnya – penangkapan PATI.

Aku yang baru 1st day sudah diassign untuk menulis report mengenai penangkapan itu. Balik terus dia mahu dilihat story aku.. Mengigil aku memberi Slug untuk story aku…

1st line OK..

Tetapi apabila part mengingat berapa jumlah tangkapan mengikut warganegara .. aku cuak! Aku tidak menghafal berapa orang Nepal .. berapa orang Indonesia .. berapa orang Pakistan..

Antara soalan yang ditanya berkali-kali ialah:

1. Berapa orang tangkapan mengikut warga negara ?

2. Berapa ramai anggota yang turun ops?

3. Apa jawatan pegawai operasi?

Ya ampun! Fakta itu tidak aku hafal.. aku hanya mencatat note untuk rujukan apabila story mahu disub.

” Awak kena ingat semua details itu, next time jika saya tanya pastikan number itu semua di dalam kepala,” .

Aku hanya tundukkan kepala.

Sejak daripada itu .. aku akan pastikan sekiranya ada story penangkapan dan segala macam nombor yang perlu diingat ..sepanjang jalan menuju ke opis aku akan menghafal nombor itu .. antara sebab kena hafal jugak ialah takut diketawakan senior yang jejahat tu (jangan ketawa kak eh).

(Back to the current story .. ahaks)

Jika aku diminta untuk menuliskan article dia .. part aku paling gabra ialah kesalahan ejaan dan sekiranya meminta dia mengulang ayat yang disebut..

“Dengar betul-betul, ini tidak sibuklah duk dengar lagu tu,”. benggang aja dia tengok aku.. ayooooooooooooooooooooooooo.Aku sering ditegur kerana kesalahan ejaan dan aku bertanya itu dan ini..kes  petang tadi, sempat dijeling sorang lagi teman bloggers dihadapan aku..

Aku tanya .. aku tanya lagi .. mengenai perkataan yang digunakan..

” Dari tadi tidak ada titik.. panjang benar ayat nie,” tanya aku.

“Apa ayat last saya tadi,” dengan membesarkan mata.

Aku menyebut dengan perlahan .. bukan apa takut dimarahi kerana tugas senang pun tidak boleh buat. Hati-hati aku membaca.  Saudara bloggers ini kalau marah akan mengeluarkan ayat yang halus dan kata orang makan dalam.

Akhir.

Selepas dia memberikan lines terakhir .. terus ditutup muka dan tidur.

Dalam hati kata .. macam menyanyi lagu twinkle twinkle little star aja .. dia buat aja.. mak oiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii.

# Akak .. aja tulislah … next time.. asyik kena marah aja… hehehehehehe…

Suatu Ketika

Suatu Ketika

One thought on “Aku hampir kantoi

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s