Depan Kamera


Depan kamera .. semua kena perfect ok…

Start aja – Silent On Set – Everything should be perfect!

Belakang kamera .hang nak gaduh ker .. nak bertekak ker .. nak merajuk ker ..nak cekik orang ker.. yang penting end product .. gitu.

Aku kira .. duduk dalam production bukan mudah..Banyak kena sabar … menjaga perasaan orang, dari audio visual  dan macam-macam lagi.. itulah kerja kami.

Pagi tadi .. aku lihat teman aku duk preview EP dia yang sedang diedit untuk 2nd Cut…tengok sedang  kusyuk dia menulis itu dan ini – aku datang menjengah. Apa agaknya dibuat dari semalam duk macam tok pekong Cina kat situ .

Rupanya melihat gfx dan effect yang perlu diadjust.

‘ Sabarlah … sesungguhnya tuhan ada bersama dengan orang yang sabar,”. Gelak member aku.. walaupun berlainan bangsa dan agama .. dia tahu apa yang aku maksudkan.

Disaat aku menulis entry ini.. seorang lagi teman aku .. gusar kerana STAR dia .. hilang entah ke mana .. dia punya risau .. dari tadi tidak berhenti bercakap mengenai kebimbangannya mengenai deadline yang hanya akan berakhir 5minit lagi.Menelefon STAR tetapi offhp. .. semalaman dia disini.. dia mengerjakan segala comment dari tuan besar itu .. dan hari ini kantoi bila VO tidak dapat dibuat..

Semalam aku sound kata – macam mana nak siap dari tadi EP yang sama . Dia jawap excuse me – Yang ini EP lain. Diam terus aku. Tidak mahu kacau.. takut dimaki nanti. Tak buat lawak pun sepanjang malam. Aku menceriakan suasana dengan menulis entry mengenai dia. Punya dia gelak sampai berair mata . Ambik Ko!

Kata aku – Sabar , mungkin dia akan datang lagi sejam .

Yang sorang lagi .. teman aku – Dari semalam berjiran dengan aku .. duk edit EP yang sangat urgent itu.. muka ketat … aja .. dari sisi nampak mcm empat segi aja muka dia..Teman yang sorang lagi mencuit aku – Mungkin agaknya dua orang itu bercinta .. diam aja tu…

Ishk . Jangan banyak cerita . Nanti dia keluar hempuk kita pakai hard disk baru niaya… Sedang asyik aku dok layan lagu best .. dia datang macam naga berasap -asap . Udah kesumpahan agakanya dia .. merokok semula. Tahap stress itu tidak dapat dikawal lagi agaknya.

Hampa dia kata.

Kata aku – Sabar. Sikit lagi – Habisla tu.

Aku sendiri pernah culture shock dengan cara kerja dengan production nie.. pernah aku berhenti dan kembali semula .

Sebabnya mudah – Aku tidak biasa dengan cara kerja orang production ini. Memula ya ampun, letihnya dari ZERO sehinggalah ON AIR .. semuanya kita kerjakan.

Dulu distation – aku hanya wartawan penyiaran- Cari story – Tulis Skrip – Edit

Yang lain – Producer settlekan.

Benda kecil tetapi impaknya besar – ENDING CREDIT, SPONSOR, SUPER NAMA, LOCATION, RECORDING, RATING DLL .. semua Producer settle.

Balik Tabir

Balik Tabir

Apa yang penting Nora- Apa yang penting kerjasama ! kakakakakka tagline tu gitukan..

Balik Tabir II

Balik Tabir II

Sabar ya .. adik-adik yang manis nie – mungkin suatu hari nanti kamu, aku  dan dia juga akan jadi macam Wan Hasliza juga macam director/ producer yang lain.

Jadi persiapkan diri untuk semua itu. Keluhan itu akan pasti berharga suatu hari nanti… yehaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.

2 thoughts on “Depan Kamera

  1. kak long, bahasa teknikal yang kak long gunakan membuatkan pak mat, ah chong dan murthy yang sedang duduk di sebelah saya tergaru-garu hendak memahami entry kak long ini

    saya kata kalau tak faham kena tanya tuan punya badan sendiri….lalu mereka kata, apakah nombor telefon tuan punya badan itu?

    macam biasa saya akan kata, kosong satu empat…tekan-tekan confirm tak dapat!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s