Nora Fai


Oleh kerana .. aku dimarahi oleh teman yang bernama Nora kerana tidak memasukkan pix dia .. di dalam entry terbaru .. kali nie aku dedicated entry untuk dia.

” Jo.. kalau dalam kantonis … perkataan laju .. macam mana nak cakap,”tanya aku pada pada Jo yang sentiasa senyum tu.

” OOOO … Fai.. kalau nak sebut hati-hati .. kalau fei tu, maksudnya gemok,” Jo.

Ooo gitu. Jadi untuk Nora kita namakan dia Nora Fai.

Banyak-banyak teman rasanya dia cakap paling laju.. buat kerja pun laju gak. Aku kira selalu dimarahi kerana selalu lambat dalam apa juga kerja yang dibuat bersama dia.  Aku kira aku kenal dia sejak tahun 2005. Banyak kenangan bersama dia..

Antara suka duka .. ada gak dengan dia.. banyak juga cerita kelakar .. terbaru dia jatuh di Bukit Bendera.. kira aku paling jahat kerana ketawa tak hingat..pembetulan bukan jatuh itu yang aku ketawakan .. tetapi kelajuan dia bangun macam spring.. tanpa ada rasa sakit .. dia terus tersenyum ambil gambar..

Aku juga banyak rahsia dengan dia .. kira dia penyimpan rahsia aku.. dia juga tahu cerita behind the scene … antara perangai pelik dia ialah .. penat mana pun.. dia pasti akan menyusun kasut sebelum tidur.. ataupun menyapu bagi memastikan semuanya rapi.

Paling tidak tahan  .. dia akan meletakkan note peringatan untuk turn siapa yang akan buang sampah ataupun meletakkan sampah dengan bersepah-sepah.. kadang kala rindu gak celoteh dia apabila dirumah.. berkilat dapur dikerjakan ..marble kat umah sentiasa berkilat.. yang memasak akan diremind untuk mengilatkan marble tu..

Part memasak .. aku akan dipandang rendah .. dan diperlekehkan ..disuruhnya membasuh pinggan aja .. Cis..ada gak nak try memotong sayur ker .. menyiang ikan ker .. mesti kena halau ke tv..masa kerja dengan dia dulu .. time dulu .. kerja aku hanya memasak nasi .. yang lain dia settle ..

Part mop lantai di tempat kerja .. dia juga akan ketawakan aku .. katanya macam satu pasaraya mop .. penat semacam .. kakakakkaka ..

Oleh itu insan bernama Nora Fai ini … sangat sesuai untuk masuk pertandingan bercakap laju dan akan menjimatkan bil telefon kekawan dia kerana kelajuan dia bercakap ..

Yang menjadi masalah kekadang .. tukang order dikedai makan .. sebab laju nau .. sehinggakan tidak dapat tangkap apa yang diorder..

Mula dulu .. aku agak tidak faham .. sekarang sudah faham benar da..

Boot pun sama

Boot pun sama

Kepunan kot nie

Kepunan kot nie

Lagi salah aku....

Lagi salah aku....

2 thoughts on “Nora Fai

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s