Doktor Ikan


Aku kira .. aku tidak ambik pot .. dengan iklan mengenai rawatan Doktor Ikan ini.

Tapi.. bila dilihat makin banyak pula .. Spa Doktor Ikan.. mahu gak aku mencuba.. apa bagus bangat dengan rawatan ini.. yang ada aku dengar .. rawatan ini bagus untuk mengurangkan  stress … Oleh itu, bila dua orang member aku yang teruja hendak mencuba .. apa lagi.. aku pun layankannnnn..

Memang cute Dr Ikan

Memang cute Dr Ikan

Doktor ikan ini daripada jenis ikan Garra Rufa… rupanya ikan nie hanya boleh ditemui di bahagian utara dan tengah Asia Barat terutama di Syria, Jordan dan Turki.  Dr ikan ini sangat unik . Dia hanya makan lapisan kulit yang mati dan berpenyakit.

Dr ikan ini juga dilindungi daripada eksploitasi perdagangan di Turki. Punyalah manja Dr ikan ini, kerana dijaga dengan rapi…air akan ditukar setiap hari dan disterilkan untuk membunuh kuman.  Dan paras PH neutral juga akan dijaga sepanjang hayat ikan ini.

Selain menghilangkan stress dan memakan kulit mati .. Dr ikan akan melakukan rawatan dengan mengurangkan parut-parut kecil,melancarkan perjalanan darah dan mengurangkan pori-pori kaki yang tersumbat.

Yang aku agak pelik.. bila tang kaki aku aja .. yang Dr Ikan ini datang bukan main banyak.. yang kaki member aku dua orang tu .. tidak pula.. agaknya banyak sel mati aku nie.. ker batteri kering .,. hahahahahhaha..

“Na, kenapa kaki kau aja .. yang dia datang gigit.. yang kaki aku tak ada pun,” kata member aku yang selalu melaser aku tu. (Yang marah sebab getah rambut hilang selalu hilang tu).

“Agaknya aku berpenyakit kot,”. kekekekeke.

Mula geli pastu layannnnnnnnnnnnnn.

Mula geli pastu layannnnnnnnnnnnnn.

Nasibla .. Dr Ikan ini tidak ada gigi .. kalau tak agaknya mahu berdarah aku digigitnya.. udah niaya aku dibuatnya..

Ermmm...

Ermmm...

Bila tengok punya banyak Dr ikan menjalankan rawatan .. di kaki .. aku pun menyelupkan tangan pulak .. hahahahahahhaha .. tak pun datang kat tangan .. rupanya Dr ikan nie .. ada specialisenya .. yang nak gigit tangan ada Dr Ikan yang lain..

Muahahahahahahahha. Harap rawatan Dr Ikan nie dapat menghilangkan kadar stress kengkawan aku.. Walaupun deadline aku lagi dekat daripada diaorangkan!

Bila aku buat aksi nak celupkan tangan .. taukey jeling aja.

Bila aku buat aksi nak celupkan tangan .. taukey jeling aja.

2 thoughts on “Doktor Ikan

  1. Cikgu aku cakap, ikan suka kat kaki nko sbb ada banyak sel kulit mati yg menjadi makanan kegemaran ikan tu.

    Cikgu aku yg lagi sorang cakap, kalau banyak sel kulit mati, bermaknanya kaki nko berbau! Tak caya? Pergi tanya ikan-ikan tu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s