Tersentuh.


Segera aku bangun tido .. bila teringat keadaan kereta yang kotor benar itu.

Setelah mendengar keluhan hati .. teman serumah mengenai kehidupannya.. aku terus melangkah ke luar rumah.. mencari kedai basuh kereta..my last word kepadanya sebelum keluar rumah ialah – hidup kadang-kadang bagi aku tidak adil .. dan jangan komen ayat aku tu.. (hehehehe.. hangin teman aku itu).

ERMMMM.. dari aku dok tunggu … kereta dibasuh tu..baik aku g jejalan ambil angin dan window shopping dulukan.. Punya lama menunggu .. akhirnya dapat gak aku naik lif tu… mungkin hujung minggu, ramailah yang nak g shopping dan dating ..

Bila masuk .. ada seorang makcik tua yang duduk dikerusi roda … dan disebelahnya juga ada baby  dalam baby stroller tu.. aku dok menyempit kat ruang paling tepi .. senang nanti orang hendak keluar masuk lif nanti ..

Aku renung lama-lama muka .. makcik tu.. dan tetiba dia perasaan .. dan senyum semula kat aku …

TERINGAT aku bila .. mak pernah kata .. bila dah tua .. kita akan jadi macam baby semula..Semuanya perlu dijaga … dari makan .. minum ..hinggakan nak ke  bilik kecik tu pun .. perlu dijaga..

Terasa hendak pergi ke tingkat tiga itu .. sangat lama.. Oleh kerana aku berdiri dekat dengan button lif tu .. akulah jadi pak guardkan ..Dan bila .. pintu lif terbuka .. makcik itu kata, ” terima kasih ya nak,”.

Tersentuh aku..

Terfikir .. adakah umur aku akan sepanjang itu.

Terfikir .. juga aku .. dimana agaknya aku .. ketika aku diusia dia..

Terfikir.. juga aku .. janganlah ada yang benci dengan aku .. sekiranya aku kembali semula menjadi baby..

Dalam bingit … shopping complex tu .. aku hilang dan terus teringat kata mak .. katanya :

“Doakanlah mak .. tidak akan menyusahkan anak-anak  mak bila sakit, doakanlah dia ambil mak awal,”. Dengan segera aku laser mak aku ..warning jangan sesekali sebut begitu ..

Katanya, “Orang kata na.. mak boleh jaga 10 orang anak, dan 10 orang itu belum tentu boleh jaga sorang mak,”.

Aku terus melawak .. cepat g cari IC mak tu ..nak register umah orang tua..terus dicubitnya aku ..

Mak .. saya sangat sayang kamu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s