Nama Saya Aiman


Sedang asyik.. aku menikmati makan malam bersama seorang teman.. datang seorang kanak-kanak lelaki.. menghulurkan kotak yang kandungannya .. kotak-kotak kismis..

“Berapa nie dik,” tanya kawan aku sorang nie.

“Ikhlas aja untie,” dia jawap.

“Untie?… kakaklah,” aku jawap.

Kelakar bila panggilan itu tidak aku terima. Mahu gak aku hempuk.. budak nie, tua benar ker aku nie…

” Adik dari mana nie,” tanya kawan aku lagi.

“Kuala Selangor,” dia jawap.

Pelbagai pertanyaan yang dijawap dengan muka yang innocent .. katanya emaknya sakit paru-paru berair… dan dia akan pulang pukul10.

Jauh di dalam hati.. aku berkata .. jika benar .. apa yang diperkata .. aku harap ibunya akan sembuh dimasa hadapan .. dan dia tidak lagi ke hulu dan hilir menjual kotak kismis itu… dan ada juga masa dia ulang kaji pelajaran .. dan buat homework yang cikgu itu beri..

Jika ada yang mempergunakan dia untuk .. kepentingan dan tujuan yang salah .. aku harap orang yang tidak guna itu .. akan mendapat pembalasan dari yang Maha Kuasa…

Bukan tidak pernah aku .. melihat kanak-kanak menjual pelbagai barang seperti tisu .. kacang dan macam-macam lagi..

Tapi untuk si kecil yang bernama Aiman ini.. raut mukanya .. buat aku rasa dia sangat dekat dengan hati .. sebab dia begitu innocent .. dan setelah mengambil gambar .. kami menyakat dia .. dengan mengatakan kami adalah reporter.

“Adik tahu tidak .. apa itu , reporter,” tanya member aku.

“Tidak tahulah kak,” selamba Aiman jawap.

Ketika sesi menyoal hampir habis. Mata aku liar memerhati keliling.. sekiranya Aiman ini diawasi dari jauh oleh si dia yang mungkin menjadikan ini adalah sindiket memperguna kanak-kanak untuk minta sedekah.

Tapi tidak ada. Selamat. Bukan apa .. dalam hati juga terdetik .. kalau-kalau akan diekori oleh si dia yang jahat.

Sepanjang perjalanan .. aku terfikir .. ketika aku seusia dengan Aiman .. aku sedang syok bermain dan menonton tv.. dan aku pastinya akan bergelak ketawa.. bersama kakak aku yang suka mengenakan aku..

Aku takut untuk  bercakap dengan stranger.. dan aku juga takut untuk keluar malam .. kerana pesan mak ialah .. jangan keluar malam.. banyak orang jahat .. takut nanti dikidnap .. nanti payah ..(lagi takut sebab ada yang kata ada hantu tetek seh.. entah betul ker tak nie.. nanti disorok dalam tetek dia.. mak oiiii)..

Aku terfikir ..kalaulah aku dilahirkan dan perjalanan hidup itu seperti Aiman .. pastinya sukar untuk aku kecapi adan merancang apa sahaja untuk masa hadapan..jalan yang aku lalui pasti sempit..

Sukar untuk aku .. menyatakan cita-cita.. sukar untuk aku meminta walaupun sebiji gula-gula .. ketika kereta berhenti kerana lampu merah .. aku semakin binggung dalam memikirkan hal -hal dunia..

Aku pernah berbual dengan seorang teman… dia berkata .. tidak perlulah kita hidup di dalam keadaan yang kaya raya .. sedangkan ada antara mereka yang hidup melarat dan merana .. adilkah kita hidup bermewah-mewahan ..sedangkan ada diantara mereka yang nak makan pun berkira ..

Aku jawap ..hidup hanya sekali .. kita perlu merasa semua .. tapi jawapan teman aku ada logiknya .. mereka pun hidup sekali .. jadi perlu kongsi rasa susah yang ada pada mereka .. dengan tidak perlu berkereta besar .. cukuplah dengan cita-cita besar .. dan kitalah medium untuk memperjuangkan nasib mereka.. 

Itu aku akui …. dan dimasa ini aku rindu menjadi reporter… menulis dan terus menulis erti sebuah kehidupan dan berharap tulisan itu akan merubah nasib orang-orang yang melalui jalan yang sempit dan gelap itu..

Hari nie aku … nak tengok Aiman.. hausnya dia berjalan ke hulu hilir…

Ikhlas aja kak..

Ikhlas aja kak..

Tak lari pulak dia...

Tak lari pulak dia...

One thought on “Nama Saya Aiman

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s