Kerana Cikgu…


Pernah satu masa dahulu .. saya sangat nakal disekolah…

Kenangan disuruh berdiri diluar kelas berjam-jam … buku dibaling keluar kelas.. dipukul tangan kerana membeli makanan diluar sekolah (sebab makanan tak sedap kat kantin), ditangan sebab membaling kasut dengan tidak sengaja kearah cikgu, disuruh menghafal sifir berkali-kali, disuruh mengingati sifir kuasa dua itu berjam-jam… itu semua saya masih ingat…

Tapi selama 16 tahun berstatus pelajar.. jasa guru-guru itu tidak mungkin saya lupa… saya tahu bukan senang menjadi tenaga pengajar … berbagai bagai cabaran yang mereka hadapi… bukan setakat mengajar… tetapi mereka juga perlu menghadapi tekanan¬† terhadap perangai pelajar-pelajar mereka …

Sekolah adalah rumah kedua … kita lebih banyak menghabiskan masa disekolah berbanding dirumah … dalam banyak-banyak guru yang mengajar … cikgu yang saya banyak terhutang budi ialah cikgu Siti Khadijah .dia seorang guru yang cantik dan baik …

Diajarnya saya kelas tambahan khas untuk saya dan dua orang lagi rakan … dia mengajar kami bagaimana untuk score di dalam kertas peperiksaan bahasa Inggeris… dia tidak mahu kami fail bahasa inggeris … dan katanya kalau tidak bagus pun result .. at least kamu semua lulus dan masuk universiti … dan bahasa inggeris itu wajib untuk kamu lulus…

Ketika kami sangat nakal dan ponteng dikelas itu, dia menunggu kami dikantin sampai petang .. dia menunggu dan menunggu .. dan akhirnya dia pulang dengan perasaan kecewa.. esoknya dia datang dan bertemu kami bertiga .. katanya jika kamu semua rasa .. cikgu ini membuang masa kamu … esok lusa jangan menyesal ya …

Dia sangat tabah bila berhadapan dengan budak kelas saya yang sangat nakal itu … start aja mahu mengajar .. separuh daripada bilangan pelajar tidak ada …tetapi dia tetap mengajar … aku masih ingat apabila kelas kami dipinggirkan oleh sebilangan guru kerana begitu nakal dan harapan untuk menaikkan nama sekolah memang tidak ada !

Tetapi cikgu Siti Khadijah tidak sebegitu ! ..

Terima kasih cikgu Khadijah dan selamat hari guru..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s