Well Done!!!


Bagaimana kita menilai seorang producer yang bagus…

Sudah tentu dengan end product yang membanggakan..ada yang kata melalui pengalaman … kerja-kerja seorang producer itu boleh kita nilai tahap apa yang dicapai…

Saya sangat cemburu apabila .. ada producer yang sudah mencapai tahap yang membanggakan diluar sana .. apabila umur mereka itu sama dengan umur saya .. saya selalu berkata .. apa yang membuatkan mereka itu lebih hebat daripada saya .. dan apa kelebihan yang ada pada setiap program yang diproduce .. mengapa saya tidak seperti itu .. dan jika saya masih disini .. saya bolehkah jadi seperti mereka …

Namun bagi saya apa … yang paling penting ialah sikap ingin tahu dan ada rasa tangggungjawap… dan akhirnya kreatif itu boleh dicipta ..

Hari ini …saya sangat bangga dengan entry yang ditulis oleh seorang rakan mengenai kerja yang dilakukan oleh dua rakan itu… namun bagi saya hari ini .. saya tersangat bangga dengan kerja yang sudah dilakukan oleh seorang rakan lagi… saya sudah preview Making Of Roslie Dhoby yang dibuat tanpa adanya pembantu disisi…

Dia punya semangat yang tinggi dan tahu apa yang dilakukan .. saya sangat impress dengan kerja dia.. saya tahu dia bukan daripada line production.Dia belajar daripada ZERO…

Daripada ZERO itu .. dia mengusahakan sesuatu.. dia tidak pernah mengatakan tidak dengan segala arahan yang diberikan.. sehinggakan pada suatu masa dia … dia menjadi binggung dan datang kepada saya untuk keluar daripada dunia penyiaran …

Tapi saya kata .. sabar dan dunia production tidak semudah yang disangka. (sehingga saya selalu melawak kepada abg syirfan … saya sudah kecewa dengan dunia penyiaran ini.. lebih baik beralih arah.. hehehehehhe).

Berikan apa sahaja task … dia  akan delivered dengan baik .. tanpa ada sebarang pekara yang menyakitkan hati di dalam proses menyiapkan tugasan itu .. seperti tidak angkat telefon.. tidak dapat dihubungi berhari-hari .. melawan cakap … suka berlagak macam dia aja yang betul!!!.

Saya masih ingat … disuatu masa dahulu .. ketika dia diassign untuk keluar menyiapkan satu tugasan … dan pada masa itu .. dia tidak punya transport… dia berusaha untuk ke tempat itu .. dengan menaiki komuter…dia hampir diragut disuatu lorong gelap … pada masa itu .. saya sudah faham benar .. bahawa bila dia menghendakkan sesuatu … dia akan usahakan juga… tidak kisahlah dengan berjalan kaki …yang dia tahu kerja SIAP!

Saya juga masih ingat .. dia bertanya …bagaimana untuk menjadi seorang producer yang bagus… saya kata … kamu perlu tahu pekara basic dahulu … dan selepas itu .. semua itu adalah cosmetic yang mencantikkan kerja kamu itu … saya tidak boleh komen banyak .. sebab saya juga masih baru di dalam bidang ini…

Dan saya masih tidak lupa .. apabila dia meninggalkan lokasi pengambaran .. apabila kecewa dengan sikap segelintir orang yang tidak memahami cara kerja dia …

Kehebatan di dalam kajian yang dilakukan juga ….tidak dapat disangkal..dikalangan kami … kami gelarkan dia buku sejarah … dan saya sendiri mengelarkan dia pendita… segala info saya akan check dengan dia… berboraklah dengan dia pasal sejarah .. saya pasti .. dia akan menjawap dengan muka selamba …

Mungkin ada yang mempertikaikan kebolehan dia suatu masa dulu .. tapi hari ini kamu semua boleh lihat …. end product yang dihasilkan bagaikan dia sudah lama berada dalam dunia production .. dia tahu content dan segala macam benda di dalam menyiapkan sesebuah program itu …

Saya percaya … producer yang ada .. akan terasa tercabar .. dengan apa yang dilakukan … dia berjaya melalui proses yang dirasakan payah oleh kebanyakkan daripada rakan saya .(Saya sendiri menrasakan sebegitu).

* Bagi saya … attitude dan ada rasa tanggungjawab adalah lebih penting dari segalanya …

WELL DONE AMAN!

2 thoughts on “Well Done!!!

  1. Arjuna says:

    Perjalanan masih jauh lagi….Harap dapat buat yang terbaik.Perkara paling penting sentisa belajar dan rendah diri.1 product bkn ukuran.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s