Macam Chrismas Tree…


Suatu masa dulu… plan untuk tengok kelip-kelip ini telah dijanjikan oleh seorang kawan… tapi dia mungkir dengan segala macam alasan… tapi takpe… akhirnya weekend nie..aku dapat tengok jugak…

Akhirnyaaaaaaaaaaa...

Akhirnyaaaaaaaaaaa...

Pagi hari .. masih tiada siapa yang berminat untuk pergi.. sebelah petang ramai pula yang nak join.. agaknya mereka juga mahu menghabiskan waktu dengan kengkawan dan melihat keindahan alam ciptaan tuhan…

Sehari sebelum hendak tengok kelip-kelip..story pasal kelip-kelip semakin pupus diancam dengan penebangan pokok bakau dipaper UTUSAN.. buat aku risau.. yelah .. manalah tahu kalau- kalau tidak ada kelip-kelip .. aku dan nora mesti kena laser dengan budak-budak lain…

Seingat aku … pertama kali aku melihat kelip-kelip ialah apabila abang aku menangkap seekor kelip-kelip dan dimasukkan di dalam botol  .. tidak sampai dua minit kelip-kelip itu mati .. aku rasa tak puas … sebab dia berkelip hanya dua saat kot.. selepas itu aku pasang niat .. nak tengok KELIP-KELIP… beberapa tahun selepas itu .. ada pulok ..iklan TNB yang ada kelip-kelip tu.. terus aku menyimpan hasrat nak tengok serangga itu suatu hari nanti…

Sejam lebih perjalanan ke Kuala Selangor buat aku terfikir.. macam-macam … antaranya orang kata ada kelip-kelip ada buaya.. dua ialah bila aku tengok flyer yang diberi nora … sampan yang diguna .. tradisional gila..

Action!

Action!

Dalam perjalanan aku inform .. yang rasa berat tolong jangan satu sampan .. takut-takut terbalik… Ada sorang member yang fobia naik sampan kata .. baik dia tunggu dalam kereta.. hahahahahhaha…

Sampai sahaja dijeti … aku dan member beratur untuk beli tiket.. dan terus mereka memakai jaket keselamatan … cameraman kami … terus merakam segala aktiviti.. dan presenter kami membuat stand upper dengan memperkenalkan setiap daripada kami … vox pop dikumpul agar proses scripting dan editing senang nanti.. halah…

Sedang kami menunggu bot..seorang anak mat saleh nie berjaya menangkap seekor kelip-kelip .. dia datang sebelah aku dan menunjukkan kepada kakaknya .. terus aku excited…dapat tengok secara close up lagi.. rupenya macam kelakatu aja… tapi masih bercahaya walaupun cahaya lampu lebih terang daripada dia… ermmm dalam hati kata …hebat ciptaan tuhan .. kalau dia menghendakkan sesuatu .. benda itu akan dijadikan …

Semasa menaiki bot … menyelusuri sungai Selangor itu.. dari jauh sudah aku nampak cahaya berkelip-kelip … semakin dekat semakin terang… udah macam pokok Chrismas … bestnyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa….Mungkin masa kami menyelusuri sungai itu… adalah dimasa yang tepat … menurut info yang aku baca ..selepas 2..3 jam matahari terbenam .. itulah masa paling aktif si kelip-kelip nie..berkelip…

Abg Cameraman kami dan Gurl Dia

Abg Cameraman kami dan Gurl Dia

Sepanjang menyusuri sungai selama 20 minit .. aku rasa macam segala apa yang dihadapan macam kena key sahaja objek itu.. dengan cahaya bulan dan bintang-bintang dan bayang-bayang pokok dipermukaan air itu.. buat aku tenang …

Yang aku bengang … si akim… adam dan amin yang memekak di atas bot.. foreigner yang lain duk diam aja .. menikmati keindahan alam dan kelip-kelip itu.. diaorang kuat gelak .. bukan apa aku takut kelip-kelip tu terkejut dengan suara diaorang …

Namun apa yang pasti .. hajat untuk melihat kelip-kelip itu sudah tercapai.. terima kasih kawan-kawan yang sudi menemani aku …

Sesampan

Sesampan

# Dinasour pun boleh pupus.. inikan pula kelip-kelipkan.. kan.. kan…

4 thoughts on “Macam Chrismas Tree…

  1. syirfan says:

    KELIP KELIP ku sangka api,
    kalau api mana unggunnya,
    pejam celik ku sangka mati,
    kalau mati mana kuburnya…

  2. Akmal says:

    Fan, bukan sepatutnya pegi picnin ke masa ni….bukan kau dah cancel aktiviti dengan famili kau ke sebab nak gi picnic….ni macam mana boleh tgk kelip2 lak ni

  3. noraitusaya says:

    Kalau buat plan dgn aku mesti jadik punyer… Huhu…
    Aku sorang jer yang dapat tangkap kelip2kan… Terror tak?

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s