Kes jangkitan selsema babi semakin meningkat !
Aku harap-harap virus itu.. tidaklah masuk ke Malaysia… 4 kes yang dimasukkan di Hospital Sungai Buluh … NEGATIF… Alhamdullilah…
Aku masih ingat lagi.. ketika mengikuti seorang reporter NTV 7 yang juga senior aku ketika di dalam Skuad Siasat …membuat laporan mengenai ternakan babi di Tanjung Sepat, Kuala Langat yang semakin hari semakin banyak dan hebat perniagaan si taukey tu…
Kami dibawa oleh seorang penduduk kampung melihat kandang ternakan babi dengan lebih dekat dan pencemaran yang dilakukan.Gemuk-gemuk babi yang diternak ..ada untung !
Tapi yang kesian penduduk kat situ..mungkin sudah terbiasa dengan bau busuk … hidung mereka sudah terbiasa dengan udara disitu.. aku bagai nak mampus menahan dan rasa nak termuntah bila buka aja .. pintu kereta…
Bila jengok aja longkang… aduhai .. berbuih-buih hitam … yang paling aku geli ialah apabila segala macam air hitam itu akan mengalir ke pantai Morib…pergh…pastinya yang suka buat diving dan berenang katak .. akan terminum air laut bercampur dengan buih dari kandang babi..uwekkkkkk….

Buwekkkkkkkk...
Kemudian .. kami menuju ke sebuah rumah yang berdekatan … itu adalah rumah makcik halus… kesian makcik halus … hari-hari katanya terpaksa menahan bau busuk dan memastikan makanan yang dimasak tidak dihinggap lalat …
Mahu berpindah katanya itu tanah pusaka .. dan dia sangat sayangkan rumah itu… setiap hari taukey … membawa berlori-lori keluar masuk babi untuk dijual dan diternak …macam si taukey nie ada lesen besar pulakkan ..
Wakil rakyat … sudah beberapa kali turun padang .. tapi taukey tetap berkuasa dan bagi yang berani-berani buat laporan .. pasti akan ada mata-mata yang akan mengekori mereka … kata makcik halus…
Bila terbaca aja .. mengenai virus H1N1.. setiap kali itu aku teringat Makcik Halus.. mesti dia sangat gusar ..
# Bila tanya Jo … sedap tak makan daging babi.. dia kata biasa aja .. halah..
Aku heran bila ada org bawak family pergi berenang-renang kat pantai Bagan Lalang. Air Sg. Klang lebih jernih drpd air kat Bagan Lalang. Lbh baik pergi makan seafood kat sana. Burppp…
Makcik Halus ni makhluk halus ke makcik betul?
Bukan makhluk halusla …