Pagi ini aku .. dikejutkan dengan panggilan telefon daripada Abah…
Mula aku malas nak angkat.. sebab nanti dimarah sebab sudah pukul 10 tak bangun-bangun lagi…tapi dalam blur-blur tu aku angkat gak sebab takut-takutlakan … ada emergency…
Pesan abah.. ialah ingat selalu pada tuhan .. jika mahu tuhan ingat dengan kita…dua kali dia mention ialah hidup ini bukan mudah … susah .. senang .. memang begitu.. dia berharap sesangat aku sabar dalam melakukan apa aja yang diusaha.. letak aja phone.. aku terus bangun…
Agaknya .. abah juga tahu ..semalam aku payah benar hendak aku tidur… macam-macam yang difikirkan..minggu ini dua kali abah buat wake up call… dalam hati aku kata .. tidak pernah dia begitu..mungkin rindu dengan aku.. tungguuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu.. saya balik nanti.. itu janji aku dengan abah.. sayang kamu bangat…
Petang… aku gerak ke Pasar Malam Seksyen 7… beres sudah untuk tugasan hari nie … bila tengok-tengok gambar lama .. aku terjumpa gambar seorang wanita bangsa Cina yang tersangat comel…aku jumpe dia masa buat Ep Tentera Semut…
Dia sangat comel .. walau kulit mukanya berkedut dan punya garisan tanda .. dia telah melalui pebagai dugaan hidup .. dia masih tetap bersemangat melalui baki hari hari yang ada bersama dengan adiknya…
Seingat aku … banyak gak ..menulis cerita kemanusiaan .. tapi talent yang aku jumpe tidak secomel dia.. dah la comel .. pastu peramah … tidak sombong.. dan sentiasa positif dalam apa juga keadaan.
Maksud positif disini ialah … minta apa sahaja yang mahu ditanya dan dire-enactmentkan .. lepas shooting dan nak balik ke opis … dia sempat menunjukkan potret masa dia muda… punyalah manis.. katanya hanya potret itu yang dia ada… disimpannya baik-baik supaya bila dia meninggal nanti.. dia mahu orang kenang dia .. sebagai wanita yang cantik..
Erm .. entah dia masih ada ataupun tidak ..
Comelnya diaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa….

Comel...
wake-up call – 10 pagi???. Awal sangat tu kan? hehehe
iya iyalah …
na tak amik pic dia masa muda tu ker nak tengok..