Saya dan Kolej Kenanga


Terasa macam semalam aja meninggalkan Kolej Kenanga itu…

Kolej yang aku rasa paling tak best dalam banyak-banyak universiti dalam Malaysia nie.. Mana tidaknya.. dalam seminggu ada aja hari yang black out… Ada sahaja… singki tersumbat… ada sahaja … bilik airnya ditutup untuk proses pembersihan ( itu pun dibersihkan budak-budak kolej sendiri)…

Aku masih ingat dihantar emak dan abah ke kolej ini.. aku sangkakan banggunan yang cantik dan dilihat menawan dari dalam kereta itu.. adalah Kolej Kenanga… rupenya itu adalah hotel UiTM…

“Haaaa… cantiknya mak, rasanya payah ina nak balik.. kalau macam ni cantiknya kolej ina,”. Dengan segera kakak aku mencelah. “Eh.. bukan itulah kolej ko.. itukan hotel… haaaaaaaaa yang banggunan hitam tu.. fakulti kau … jap lagi banggunan yang ada banyak monyet petang nanti … kolej kau,”.

Terus aku terdiam . Biar benar nie… takkanlah busuk sekali universiti nie.. punyalah aku berkobar-kobar nak masuk universiti… sehingga seminggu membeli itu dan ini hendak masuk universiti ni.. dengan hanya lima minit .. semangat itu berjaya dilemahkan oleh kakak aku yang sorang nie…

Setelah mendaftar… apa yang kakak aku .. katakan di dalam kereta .. benar. Dah terfikir macam mana nie.. aku nak lalu benda-benda yang memang aku tak pernah lalu.. mesti hebat cabaran nie… selesai semua urusan .. semua pun berangkat pulang Melaka.

Tinggallah aku sesorang di dalam bilik yang dikongsi empat orang.. sorang dari Kedah, sorang dari Pahang, sorang lagi dari Kuala Lumpur. Keluarga diaorang punyalah lama tunggu dalam bilik .. sampai malam baru balik. Sehingga pemilihan katil pun dibuat oleh parents diaorang. Yang aku nie dok tengok diaorang menyusun barang .. itu dan ini…

Dalam hati kata.. kenapalah family aku balik awal benar.. rupenya itu semua dirancang oleh kakak aku.. yang saja nak aniaya aku! arghhhhhhh geram!Seminggu aku diragging.. subuh seawal 5 pagi.. dikejutkan untuk solat jemaah disurau …sehinggala pukul 12 malam … akan ada aktiviti… pernah sekali aku skip untuk tidak berjemaah.. kakaka.

Selepas seminggu diragging.. tiba masa untuk pindah daripada bilik itu… dalam hati kata … mesti aku dapat bilik  yang lebih besar dan selesa… rupanya aku ditempatkan didalam dorm yang dimuatkan dengan 20 orang di dalamnya… 1st time aku tengok dorm itu…benda pertama yang aku fikir … nie kalau pagi mesti bunyi jam loceng tak henti-henti dan pastinya akan ada 20 deringan bunyi jam loceng… arghhhhhhhhh… tension….

Aku pun memilih katil yang paling dekat dengan pintu keluar dan paling pasti dekat dengan lorong ke bilik mandi nanti… rakan yang sebilik sebelum ini pun setuju dengan idea aku nie.. tapi yang tak best ialah aku kena kongsi almari! masa nie aku rasa ada macam nak nangis…. sebab member aku yang dari kedah yang namanya Baiti nie … barang dia punyalah banyak … jadinya bahagian aku hanya sedikit aja.. yang lain kena simpan dalam beg… (tak sukanya)

Nak buat macam mana .. terpaksalahkan… kata orang go with the flow.. sudah tinggal dengan 20 orang pastu macam-macam kerenahlah … ada yang suka buang sampah merata.. ada yang suka buat sepah tempat orang.. ada yang suka meletakkan baldi dimerata tempat.. ada yang suka buka radio dengan kuat sesuka hati.. ada yang pinjam buku tidak pulang-pulang… yang paling best .. jika tertinggal junk food .. pasti ada yang sebat!

Bila malam … ada pulok cerita hantu ..part nie paling aku benci…

Sehingga hari nie .. aku masih tidak boleh lupa.. sorang member nie .. lari lintang pukang … sebab katanya dikejar benda hitam…selepas tu…tepat pukul 11.30 malam .. aku pastikan .. aku akan tidor.. supaya tidak akan ada apa insiden yang boleh buat aku mati terkejut nanti…

Aku juga masih ingat bergusti dengan sorang minah yang kononya gengsterkan dalam dorm itu.. (heheheheh) nasib tidak dikenakan tindakan displin .. kakakaka…

Dua minggu tinggal di Kolej Kenanga … aku dapat tawaran belajar di Politeknik… aku pun mendesak  abah.. supaya dikeluarkan daripada course dan Kolej Kenanga nie…disebabkan aku sangat takut dengan abah aku nie.. oleh itu aku teruskan juga..

Tapi dengan syarat .. semesta kedua .. aku tidak mahu duduk dikolej… paling best … aku ada penyokong … iaitu mak dan kakak aku itu…

Flash back .. perangai aku masa duduk dikolej itu.. rupenya aku mengalami penyakit iaitu HOME SICK… tapi kenangan duduk di Kolej Kenanga tidak akan aku lupa.. disitu aku belajar erti bersabar.. apabila terpaksa beratur apabila mahu mengambil makanan dan mahu masuk toilet (busuk sangat ok!).. beratur dan berhimpit-himpit apabila mahu kelas pepagi… cepat-cepat lari bila black out…

# Teringat juga member aku yang hendak terkencing tengah-tengah malam … disuruhnya  aku temani dia… akhirnya aku buat-buat tidur tak sedar dia kejutkan .. punyalah dia marah.. bukan apa nanti takut aku yang terkencing kat luar tandas tu nanti… kakakaka..Minta ampun ya Noreen .. luv u !

10 thoughts on “Saya dan Kolej Kenanga

  1. noraitusaya says:

    haha setiap orang yang masuk universiti, mesti ader sendiri dkt kolej. Kolej aku lagi teruk! tuhan jer yang tau!

  2. Akmal says:

    Home sick??????? Macam mana boleh terkena lak penyakit ni? Bukan Ina dah dekat-dekat nak satu level dengan Si Tanggang ke?

  3. kasihfieha says:

    teringat time MWS, kul 4 pagi dah kene kejut ‘healer’ atau pun nama melayunye ‘PEMBESAR SUARA BERSIREN’ wakaka. time solat subuh terkulat2 kiter mengantuk ,sah ke solat tu aku pun tak tahu…lawak kawan aku ni ,imam dah habis baca doa pas sembahyang,dia masih dok sujud lagi…rupenye dia dah nyenyak tido,aku kejut, terpinga-pinga ,nak cover line , terus sambung bagi salam …hahaha memang lawak habis …yang bestnyer bukan dia sorang …ramai lagi bebudak lain yang jd camtu…hehe kenangan betul masa kat Uitm nikan!

  4. razlan says:

    aku lak duk kolej yang ramai ‘mat patah’..nasib dorg tak sebilik dgn aku..yg sebilik suma kategori jantan tulen..huhuh…kalau tak masak siot…

  5. Akmal says:

    Sorila….tak dapat nak cerita pasal masuk college ni….sekolah tak abih. Tengah-tengah sekolah, Perang Dunia Kedua pulak dah…..

  6. Syasa says:

    hi, kite xkenal tpi saye pn warga CK… dah 5 tahun n by jun 2011 saya akan tggl kn CK (now kenanga ja…) n sad news is that, kenanga xaman n indah cam 5 tahun sudah… org ofis pn da xle nk caye… just because they have the keys to all the room, doesn’t mean they bole masuk n amek watever barang dlm bilik tuu (saye baya bill btw…) wat i meant to say is, adalah memalukan kepada semua sekiranya pihak pentadbiran kolej kenanga di anggotai oleh seorang PENCURI… seorang perempuan mmg collect byk dosa tpi dosa mencuri due to habit is a bitch…

    p/s : just to let u know wats going on… i just lost bout rm700 worth of barang… i know who took it, but xde proof.. so… this sucks

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s