Pagi ini tidak seperti biasa…
Aku terima berita yang agak mengejutkan! takpelah biarlah aku simpan sendiri berita itu… antara percaya dan yakin … itulah kebenarannya…aku juga akur dengan keputusan itu..terserah pada yang ada mengadili dan meyakini segalanya akan baik-baik aja…
Last nite.. susah benar aku nak lelap mata… petang dikejutkan dengan berita kemalangan yang melibatkan dua orang rakan … nasib keduanya ok..Alhamdullilah…oleh kerana aku terpusing pusing menenangkan diri kerana mahu berjumpa si Jaya hari ini.. dan duduk berseorang di floor yang dikunci kerana hukuman kepada pekerja yang tidak bertanggungjawap menutup aircond .. aku teringat sebuah article yang dibaca… ia adalah mengenai kepercayaan dan keyakinan apbila kita menjadi leader…
Bermacam kritikan yang kita dengar apabila Pak Lah menjadi pemimpin no .1 negara.. sehinggalah dia mengumumkan perletakkan jawatannya…dan perlantikan presiden baru UMNO juga tidak kurang hebat menerima kritikan… memang ada kebenaran article yang ditulis itu.. ia mengenai kepercayaan dan keyakinan terhadap seorang pemimpin itu… ambik sahaja contoh Rasullah SAW itu sendiri…pengikutnya percaya dan yakin dia adalah utusan yang Maha Kuasa… dan dialah pemimpin ke arah kebenaran yang hakiki…
Mereka percaya …lelaki yang bernama Muhammad itu adalah rasul akhir zaman… keyakinan yang diberikan oleh pengikutnya bukan kepalang… sanggup mati kerana agama dan mempertahankan segala apa yang diucapkan oleh baginda…
Jika seseorang pemimpin itu telah dipilih oleh suara ramai … aku kira kita perlu yakin dengan kemampuan pemimpin itu untuk memikul tanggungjawap yang telah diberikan kepadanya… jika bukan dia menjadi pemimpin .. adakah kita… adakah kita ini pilihan terbaik selain dia…
Jika pemimpin itu memilih jalan yang salah dan akan membawa kepada kecelakaan itu biarlah dia jawap dengan tuhan. Kita jangan menidakkan balasan tuhan .. balasan tetap ada … jangan bimbang….
Manusia itu kekadang lebih mempercayai apa yang didengar dan dibaca daripada melihat dan meneliti dan menganalisis apa yang perlu dilakukan.. impak kepada TIDAK percaya dan TIDAK yakin …akan menyebabkan seseorang pemimpin itu sukar untuk membuat keputusan dan melaksanakan apa yang dirancang. Jika sekalipun keputusan yang diambil daripada suara ramai… tetapi keyakinan untuk melaksanakannya juga penting.. demi kepentingan bersama…
Jangan ada yang tikam belakang… jangan ada yang simpan gunting dalam lipatan dan jangan ada yang duk cucuk sana sini….
# cianlah pulok dgr bunyi ketuk-ketuk dipintu tuuuuuuuuuuu…
Yer lah… aku yang ketuk. Inlah salah satu langkah HR bagi menggelakkan pembuangan pekerja di waktu gawat ni.