Nasib Orang SENI…


Aku mungkin bukan orang berSENI..tapi dalam menghasikan sesebuah end product itu.. pastinya aku akan terlibat sama.. kerana aku juga mencari rezeki di dalam bidang SENI ini..

Seharian duduk dirumah.. aku menonton sebuah talk show.. mengenai nasib orang ORANG SENI ini.. pelbagai pandangan dan solusi untuk mengangkat martabat orang SENI… matlamat talk show ini adalah membela nasib ORANG SENI apabila hari tua kelak..

Iya.. iyalah ..nasib orang SENI ini tidak menentu..kebanyakkan orang SENI seperti penyanyi , pelawak, pelukis dan penulis skrip …bekerja sebagai freelance .. tidak seperti orang GOMEN .. apabila hari tua kelak.. pastinya pelbagai faedah yang diperoleh .. seperti pencen dan jika sakit … kelas A pastinya diberikan kepada mereka.. tetapi bagi ORANG SENI.. semuanya bergantung kepada hasil duit KERJA SENI mereka…

Perbincangan mengenai peranan Persatuan Pekerja Filem Malaysia, Persatuan Penerbit Malaysia, Persatuan Sutradara Malaysia dan macam-macam lagi dibentangkan … aku bangga dengan usaha mereka yang mahu membela nasib ORANG SENI ini.. bukan apa .. kerja seni bukan mudah… banyak pengorbanan perlu dilakukan.. antaranya kita korbankan masa .. kita korbankan wang ringgit untuk mempelajari pelbagai benda baru yang ada di dalam industri… tapi kebanyakkan ORANG SENI ini end up dengan kisah yang menyayat hati .. ada sahaja cerita ORANG SENI hidup melarat bila tua…

Nasib Tan Sri P.Ramlee .. dan beberapa ORANG SENI dijadikan sample kes dalam melihat skop kerja ORANG SENI ini agar lebih dihargai…

Namun hujah yang paling pedas.. di dalam talk show ini ialah .. APA GUNA ADA PELBAGAI MACAM PERSATUAN JIKA ORANG-ORANG DALAM PERSATUAN ITU SENDIRI TIDAK MERENCANAKAN MATLAMAT PERSATUAN ITU SENDIRI.. MASING-MASING ADA KEPENTINGAN SENDIRI .. MASING -MASING TIDAK SEPAKAT DI DALAM MENYELESAIKAN MASALAH YANG ADA DALAM PERSATUAN…

Lorrrrrr….jika orang dalam persatuan itu sendiri bermasalah… macam mana hendak selesaikan masalah ORANG SENI ini..

Jadi ORANG SENI ini terpaksalah merencanakan hidup mereka sendiri…kata orang hidup ORANG SENI … tidak mewah.. hidup ORANG SENI di Malaysia tidak dihargai oleh ORANG KITA sendiri.. adussssssssssss…

Pusing aku memikirkannya… ada kebenarannya statement yang dikeluarkan oleh kawan-kawan aku yang bukan ORANG SENI..jika mahu kaya kata mereka jadi BOS kepada ORANG SENI.. itu sahaja jalannya…

Jadi ORANG SENI.. pikir-pikir dan renung-renungkanlah…

# ORANG SENI itu jiwanya halus dan kental dalam menghasilkan sesebuah karya yang terbaik …

One thought on “Nasib Orang SENI…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s