TINGGAL KENANGAN


Aku masih teringat memori bersama moyang tercinta..

Dia adalah nenek kepada emak aku.. oleh kerana nenek aku meninggal ketika mak masih kecil … dialah menjaga mak sehingga dewasa… ketika aku masih kecil dia selalu memberi duit untuk aku membeli ice cream.. dia juga pengemar ice cream..setiap kali dia berkunjung ke rumah pastinya aku gembira.. kerana akan dapat makan ice cream..

Katakan sahaja perisa apa .. berapa ringgit .. dia pasti akan memberi aku duit .. part paling aku tak boleh lupe ialah.. aku suka menyikat rambut dia yang sudah putih itu.. kemudian akan aku ikatkan…

“Jangan ikat kuat sangat na .. sakit .. payah nanti nak buka,”katanya. Jika bulan Ramadhan .. setiap petang aku akan mengayuh basikal untuk menghantar makanan ke rumahnya. ” Ohhhhhhh… nyang… nie makanan nie.. mak bagi,” jerit aku dimuka pintu.

Dia akan membuka pintu dan tersenyum. Selalunya aku akan mengusik dia kata dia busuk tak mandi.. dia tidak sesekali memarahi aku… cuma dia akan kata aku yang paling busuk sebab tidak mandi petang lagi.. setelah dihidangkan makanan … aku akan pulang mengayuh basikal mengayuh mendaki bukit itu. Selalunya aku akan berasa takut bila senja.. kerana dikiri kanan aku adalah kubur cina …

Kematian nyang.. amat memilukan aku.. ini kerana .. pada petang itu seperti biasa aku ke rumahnya.. Puas aku memanggil namanya.. tapi tidak berjawap.. aku jerit bukan main kuat.. akhirnya aku balik dan memberitahu mak .. nyang tak ada dirumah…

“Agaknya dia ke Singapore rumah Pak Busu kau na”, kata mak aku. Esoknya jiran rumah nenek nyang datang ke rumah mencari nyang itu.. mak aku bergegas menelefon anak lelaki nyang aku.. namun nyang tiada disitu..Kami terus ke rumah nyang lagi..

Apabila pintu ditolak .. kami melihat nyang sudah tertiarap dilantai rumahnya .. ditangan masih memegang mangkuk yang kuahnya sudah kering.. mungkin sudah lama dia jatuh.. mak bukan main teriak tangisnya.. namun masa itu nyang masih ada nyawa ..kami baringkan dia diatas tikar… ditariknya kain yang hampir terlondeh itu… mungkin dia malu … pada masa itu .. kemudian kami bawa dia ke hospital..

Dua hari selepas itu… nyang meninggal… setelah urusan jenazah selesai.. mak mahu mengemaskan rumah itu..hanya aku dan emak sahaja mengemaskan segala pakaian dan bantal yang tinggal.. oleh kerana masih sedih .. mak tidak boleh mengemaskan apa-apa pun.. akulah yang menyusun segala barang dan packing apa-apa sahaja.

Diselak tikar ..aku jumpe duit syiling bukan main banyak.. mungkin inilah syiling yang selalu diberikan kepada aku untuk membeli ice cream… terasa sedih dihati.. aku terjumpa sikat yang selalu aku guna untuk menyikat rambut dia..

Minggu lalu aku pulang ke kampung.. lalu dirumah nyang.. rumah itu sudah senget dan hampir menyembah bumi.. semuanya sudah tinggal kenangan.. semoga roh nyang sentiasa dirahmati oleh DIA…

Paling aku tidak boleh lupa… apabila dia berjalan kaki ke rumah kami..dan tiba dengan berpeluh-peluh.. iyalah kan turun naik bukit cina itu.. NYANG KAMI SAYANG KAMU….

One thought on “TINGGAL KENANGAN

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s