AL FATIHAH…


Tidak tahan melihat keadaan yang semakin resah.. aku melihat permandangan dari atas HTAR

Tidak tahan melihat keadaan yang semakin resah.. aku melihat permandangan dari atas HTAR

Petang tadi .. aku ke HTAR .. untuk menziarahi ayah seorang teman ofis yang sedang sakit tenat…

Punya ramai saudara mara dia datang ingin melihat si sakit sedang bergelut dengan kesakitan itu. Sampai sahaja disisi katil .. aku melihat ramai yang sudah membacakan Surah Yassin.. Di dalam hati kecil berkata jika sudah sampai masa .. izinkanlah dia pergi… tidak tertanggung sakitnya aku lihat..

Nafasnya sudah besar.. dada berombak.. mesin bantuan pernafasan dan wayar yang sudah melingkar di dada .. membuatkan aku sesak nafas dan rasa nafas aku juga semakin pendek.. tidak tahan melihat keadaan .. aku turun ke groundfloor untuk mengambil angin dan minum sebentar…

Tidak tahan aku melihat .. kesedihan itu… sebaik sahaja menhirup dua teguk air.. aku mendapat sms .. menyatakan dia sudah tiada…segera aku naik semula ke tingkat atas…

Semoga rohnya dicucuri rahmat… ketika sedang menunggu mayat diuruskan untuk penghantaran pulang ke rumah arwah.. aku duduk disisi sebuah katil … seorang pakcik yang entah apa penyakitnya … meminta aku membasahkan air didahinya.. katanya dia terasa panas… aku terdiam seketika…

Tiada sedara mara disisi dia… tidak sampai hati aku .. lantas aku mencari air.. sebaik sahaja aku membawa air.. anaknya sampai.. terus aku patah balik membuang air itu…

Sesungguhnya jika seseorang sakit.. perlulah sentiasa kita menemani dia..apa-apa pun boleh berlaku… jangan biarkan dia keseorangan…

Kepada Hakim.. kematian itu adalah pasti… doakan semoga rohnya ditempatkan bersama dengan orang -orang yang dirahmati oleh DIA…

AL – FATIHAH…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s