FLASH BACK…


0011

Suzana… Asmah…Boy… Munirah… Joyah… Iza…seingat aku kenalan paling rapat masa kecil…

Suzana… sepupu paling rapat pernah berkongsi botol susu dengan aku .. disebabkan mak aku tak mahu membuatkan milo untuk aku. Katanya dah besar.. minum aja pakai cawan… GERAM masa tu… dengan pantas aku minta botol susu pada Suzana …segala anak patung kami kongsi bersama..berkongsi nenek yang sama … berkongsi pinggan mangkuk untuk bermain pondok-pondok.. seingat aku… aku pernah bermain lumpur disawah dengan dia… tapi kini dia tidak lagi berbual dengan aku.. walaupun ditegur dan aku menjerit nama ketika hari raya… dia punya sejarah hidup yang hitam… langsung malu bertemu aku.

Asmah… seingat aku… aku pernah dicubit sehingga berbekas lebam dengan mak aku.. kerana bermain sehingga senja… permainan kami ialah sorok-sorok.. seingat aku juga… aku pernah dimarahi emak dia . Katanya jangan kawan dengan anak dia… katanya kami orang miskin… seingat aku hanya rumah dia aja yang masih tidak menggunakan paip air.. setiap hari aku akan menyibuk membawa baldi untuk mandi bersama dia… tapi kini dia juga serupa dengan Suzana yang punya sejarah hidup yang hitam sehingga kini dia aku tidak pernah jumpa…

Boy.. rakan sepermainan aku… rumah dia hanya selang serumah dengan rumah aku… aku masih ingat pengalaman pertama menaiki basikal .. dan diajar imbang badan .. diajar oleh dia… dia sangat baik dengan aku sehingga segala macam makanan ringan diberikan kepada aku… kerana bapanya punya kedai runcit.. seingat aku dia pernah bagi aku ice cream Malaysia berperisa asam masin setiap hari… sampai naik demam aku hisap ice cream tu! Aku sekelas dengan dia ketika di darjah dua… oleh kerana dia kidal dan selalu terlanggar lengan aku ketika menulis.. aku sering bergaduh dengan dia.. hehehehehe… dia juga nakal … selalu menjadi hantu .. menyakat aku bila balik mengaji disurau… aku pernah menangis kerana basikal disorok dibawah keranda ! seminggu aku ponteng mengaji .. huiks…sehingga kini aku tidak berjumpa dia .. dia sama seperti Suzana… Asmah .. yang punya sejarah hitam sendiri… latest yang aku tahu dia dibuang daerah kerana kesalahan mencuri kereta dan menggunakan senjata api untuk melakukan kesalahan itu ketika dia berkhidmat sebagai polis. Rupanya satu kampung dah tahu kes dia… aku sahaja yang tidak tahu!

Munirah.. seingat aku .. dia rakan aku yang suka melaram… suka memakai lipstick kakak dia… suka bergaya dengan baju yang berwarna merah… dia punya kasut cantik berwarna merah juga… tapi dia paling sengal.. sebab dia susah nak menghafal sifir… dia masuk kelas paling bawah… dan dimonitor seorang guru… dia juga suka merepot segala kenakalan aku pada mak aku… sebab mak aku itu mak saudaranya… seingat aku … lines yang selalu aku cakap kat dia ialah .. INA TAK MAHU KAWAN MUNIRAH… tapi sekejap aja.. esok dia akan datang umah aku .. ajak main anak patung kertas.. sudah 20 kali raya aku tak jumpa dia.. sebab setiap kali dia datang umah .. aku tidak ada.. sibuk dengan rakan-rakan baru … setahu aku dia sudah macam tong .. gemuk … buzy dengan tiga orang anaknya..hehehehehe…

Joyah… seingat aku rakan paling becok mulut dia… tapi dia sangat baik kerana setiap hari raya dialah yang akan menghantar baju raya yang telah dijahit emaknya… dia juga paling cantik antara kami.. aku rasa pada masa itu. Dia punya rambut yang panjang…. lurus dan berwarna coklat kehitaman.. kulit yang putih menyerlahkan keayuaan dia… seingat aku ..sudah 15 tahun aku tidak berjumpa dia…macam manalah dengan dia.. masih cantikkah dia?

Iza… seingat aku.. ketika di darjah dua.. aku sering memanjat pokok manggis dibelakang umah dia… dia selalu bagi tangga kat aku .. supaya mudah memanjat.. bahananya mak aku datang … dengan ranting kayu… dan merotan aku..nenek dia sangat baik … selalu beri 20 sen kat aku.. paling aku ingat aku selalu pinjam komik doremon dia… bersiri-siri .. sehinggalah dia tukar kepada majalah Kuntum.. aku jadi fed up… last aku jumpa dia last year… life dia sangat tragic… ditinggal suami … dan melutut supaya tidak diceraikan dihadapan 7E… dua bulan lepas cuba menghubungi dia.. tidak berjawap panggilan aku.. harapan aku ialah supaya hidup dia lebih bahagia.. daripada hari-hari yang lepas…

Rindunya dengan diaorang…FLASH BACK  kenangan lalu.. sangat indah… alahai…

3 thoughts on “FLASH BACK…

  1. jesselane says:

    tu lah … lin rasa pun lah. kalau ina balik kampung … boleh jumpa balik ni … hehehee .. tapi ko memang heroin nakal masa kecik yer!!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s