Gawat…


new002

Bila terbaca article mengenai ramalan pembuangan pekerja pada tahun 2009 ini ialah 200,000 orang. Terkejut seh! Angka ini lebih besar daripada pembuangan pekerja pada krisis kewangan pada tahun 1998.

Macam-macamlah faktor yang menyumbang kepada faktor pembuangan pekerja ini. Faktor makro dan mikro itu dijangkakan membuatkan kita sesak dan semput dengan keadaan ekonomi semasa ini. Bermacam jugalah langkah yang diambil agar mereka yang bakal diberhentikan mempunyai alternatif lain untuk menyara hidup.

Aku sendiri tidak mempunyai pengalaman diberhentikan kerja kerana masa kegawatan ekonomi tu…aku masih bersekolah lagi tapi pengalaman menganggur tu adalah…Itu pun perit juga bila segalanya dicatu dan dibelanja mengikut duit simpanan yang ciput masa itu. Ini pula mereka yang ada tanggungjawap yang lebih besar … dengan gaji yang tidaklah beribu-ribu lemon untuk menyara anak yang bersekolah … sewa rumah … petrol … rokok dan apa sahaja pekara yang emergency seperti tayar bocor dan kereta breakdownkan… pasti dioran akan resah dan gelisah … payah-payah.. Harap-harap tak adalah saudara ataupun teman yang akan pinjam duit ALONG …

Masa disemester terakhir ..aku dah mula risau untuk bekerja dimana … dan bagaimana untuk mengatur hidup selepas digelar postgraduate. Payah seh.. Aku tidak punya pengalaman bekerja … aku juga tidak punya contact yang bagus untuk masuk dalam dunia penyiaran ataupun media cetak nie… Ermmmmm… Nak minta lebih dari mak dan ayah takut menyusahkan mereka. Tak mahu dianggap pemalas dan tidak berdikari .. aku terus gagahkan diri untuk mencari kerja… walaupun masa tu kerja gaji ciput aja.

Bila ingat kelakar juga bila 1st job nie … menguji kesabaran aku  dan rakan aku. Menguji kesabaran aku apabila terpaksa deal dengan customer yang cerewet… dan rutin kerja yang aku anggap leceh! dan yang menguji kesabaran rakan aku nie ialah melayan kerenah aku yang malas nak bangun pagi dan pergi kerja. Tapi bertuah juga dapat berkawan dengan dia … bila tang kerja dia memang bersemangat.

Aku masih ingat ditegur kerana dok bawah ketiak mak aja … sebab lepas abis belajar aku dok melepak aja kat rumah dan dengan hati yang senang aku dok melayan blues sendiri.  Terasa bila ditegur macam tu … aku terus mencari kerja diKL dan mana-mana aja. Asal ada gaji … layan aja. Tak kiralah apa aja.. paling penting ialah halal dan enjoy. Masa tu aku bukan jenis nak gaji beribu-ribu… asal lepas bayar sewa umah … enjoy sikit-sikit tu kira ok … sebelum aku dapat kerja yang lebih elok…

Aku kerja dua bulan untuk service pelanggan nie… kira kerja dikedai kosmetikla dan barang-barang perempuan. Rutin harian… bersolek cantik-cantik (PART NIE AKU PALING BENCI .. HEHEHEHE) ..kemudian berdiri sepanjang hari …kemudian part aku paling lemah ialah mop lantaikan masa lepas waktu bekerja… perghhhhhhhhhhhhhhhhh… aku mesti tido tak hingat bila kena turn aku. Teman aku nie dok ketawakan aku sebab muka ketat dan penat bila kena tegur sebab macam tak pernah buat kerja rumahkan! Cis.

Selain itu rutin harian aku sebelum pergi kerja ialah memasak nasi untuk membawa bekal untuk lunch nanti. Hehehehehe… Yang teman aku nie akan masak lauk. Kami akan bershopping lauk setiap kali habis kerja… sebab masa tu akan ada harga murah untuk stock yang agak lama tapi boleh dimakan lagi… heheheheh… expired date dia dalam dua tiga hari lagi..Itu cara terbaik untuk kami yang bergaji bawah RM 600 nie..

Mula-mula kerja dalam tiga hari… aku sudah buat hal dan mahu berhenti kerja… sebab rasa letih berdiri sepanjang hari.. naik sengal kaki aku nie… tapi teman aku nie kata sabar sebab kita kena fikir enjoy kerja … kalau melepak lagi bosan… aku iyakan aja… tapi at last aku tak kerja juga… dia duk menipu bos tu … kata aku tak sihat… esoknya dia akan membebel dengan aku lagi… tapi aku buat bodoh juga sebab selang dua hari … aku tak basuh uniform sebab malas nak kerja … kena lagi tegur sebab sementara nak dapat kerja bagus kenalah buat apa-apa aja… asal dapat gaji.

Lemah semangat aku bila terpaksa kena jual macam-macam produk. Tapi aku ada belajar sesuatu … iaitu rasa malu untuk berbual dengan stranger dan customer itu semakin hari semakin hilang.. macam mana nak tarik diorang beli produk itu lagilah … meyakinkan orang bukan senang beb! walaupun harga produk tidak seberapa … dan brand tak famous jadi cabaran. Masa tu ada point untuk jualan yang paling tinggi.. disebabkan aku rasa ini kerja sementara … so aku tak kira pun target tu. Tapi teman aku nie bagus targetnya …

Bos memang baik. Dia tidak belajar tinggi,cuma ada pengalaman dalam manage kedai ni. Yang aku nak tergelak bila ada memo dalam bahasa Inggeris mengenai derma yang akan diberi jika ada kematian staff dicawangan  yang lain… Dah berkurun memo itu ditampal. Bila teman aku nie terbaca barulah dia tahu. Terus aku tergelak sakan dengan dia nie… Apa punya bos kedai aja besar … hehehehehehe…

Tidak lama selepas itu … aku dapat tawaran bekerja sebagai wartawan penyiaran disebuah stesen tv… tapi pengalaman berkerja sebagai sales assistant tu lagi menjadikan aku penyabar dan mengenal dunia pekerjaan. Walaupun pengalaman tidak seberapa … tapi hebat juga cabarannya sebab kena berdiri bukan main lama… dan lari daripada pensyarah dan rakan-rakan college yang lalu lalang depan kedai tu masa aku lap cermin depan kedai!

Teringat pesan seorang sahabat.. jangan memilih kerja bila habis belajar.. itu aku pegang… dan kata mak ‘manusia nie kena rajin… jangan malas-malas…malas tu lembu:,. nak tergelak aku bila teringat nasihat nie… aku pasti aku jawap… “Yelah… yelah kita bukan lembu,”.

# Student U …sekarang nie … memilih kerja… tu yang payah …

4 thoughts on “Gawat…

  1. noraitusaya says:

    Haha… kire ko tak memilih kerja la kan…
    Tapi ni lah blog ko yang paling lawak aku penah bace… Sape ler kawan yang dimaksudkan tu yer…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s