Dimanakah TEMBOK itu?


untitled

Tadi aku menonton doku Alexander Bukan Zulkarnain… nie episod keempat.. dan minggu depan akan ada episod terakhir… pelbagai teori yang diberikan untuk menjelaskan mengenai lelaki misteri yang disebut dalam surah Al Khafi.

Tinggalan monumen menjelaskan pelbagai fakta…namun apa yang menjadi topik perbualan dan persoalan aku ialah dimanakah tembok yang dibina oleh Zulkarnain itu… bermacam-macamlah jawapan yang aku dapat daripada seorang kawan nie… kemudian aku tidak puas hati…. dan terus membaca sedikit info mengenai Yakjuj dan Makjuj dan kewujudan tembok ini..

Sewaktu kecil aku rasa info yang aku dapat mengenai Zulkarnain terlalu sedikit berbanding dengan kewujudan Yakjuj dan Makjuj. Aku tidak diceritakan mengenai siapa lelaki misteri ini.. Aku hanya diceritakan mengenai tanda-tanda kecil dan besar hari kiamat, dosa dan pahala..cerita-cerita mengenai rasul dan nabi. Tiada siapa yang menyebut mengenai kehebatan Zulkarnain ini. Mungkin mereka yang ada disekitar aku pada masa itupun tidak tahu hendak bercerita dan mahu mula daripada mana.

Mungkin aku sahaja yang tidak tahu iaitu  bentuk fizikal Yakjuj dan Makjuj ini bukanlah seperti haiwan. Paling penting bangsa ini adalah berasal daripad keturunan anak lelaki Nabi Nuh AS iaitu Yafis. Mereka juga bangsa yang tidak tahu berkomunikasi dan hanya tahu merosakkan muka bumi. Cerita lelaki misteri Zulkarnain dan bangsa jahat ini juga disebut di dalam Surah Al Khafi ayat ke 92 hingga 98.Kebangkitan Yakjuj dan Makjuj tertera di dalam Surah An- Anbiyaa’ ayat ke 96 hingga 97.

Hadis riwayat Imam Ahmad menerangkan fizikal Yakjuj dan Makjuj iaitu bermuka bulat dan kulit kekuningan (seperti wajah kebanyakkan penduduk Asia Tengah).Pendapat lain menambah mereka berasal daripada berbangsa Tartar dan lokasi penahanan mereka ialah dikawasan pergunungan Caucasus.

Kebanyakkan ulama menyatakan bangsa itu terus wujud tetapi dipisahkan oleh Allah SWT menerusi tembok itu.Hingga kini tembok itu masih tidak diketahui secara specificnya… antara tanda 10 tanda besar hari kiamat ialah apabila runtuhnya tembok ini dan bangsa ini akan keluar daripada lokasinya dengan membuat kerosakan.

Tapi aku masih pusing … memikirkan dimanakah gunung itu dan tembok itu… tapi takpelah …itukan dah tertulis pekara ghaib. ERMMMMMMMMMMM….

Tahniah kepada team Alex yang berjaya menghabiskan segala proses untuk bersiaran selama 5 minggu ini.. At least kamu memberikan sesuatu untuk kami ini yang disogokkan dengan pelbagai hiburan dan juga tarikan yang lebih menarik daripada programme yang berbentuk ilmiah dan sejarah.