Masa dan Kita…


to_forget_by_kedralynn

Jika ditanya mengenai kenangan silam … pahit ataupun manis … 10 ataupun 20 tahun lepas.. pasti kita akan mengingatinya..Kita masih ingat pengalaman pertama di sekolah … kita mungkin masih ingat pencil box pertama yang dibelikan mak dan ayah kita… kita mungkin masih ingat guru sekolah tadika kita.. kita juga mungkin masih ingat kesan luka dikaki kerana bermain tanah ataupun jatuh basikal …Aku sendiri masih ingat bagaimana pengalaman pertama belajar naik basikal tanpa adanya roda kecil itu dan ayah membelikan sebuah basikal berwarna biru.

Tapi kadang kala … pekara yang berlaku dua .. ataupun tiga hari yang lepas.. payah untuk kita ingat… Sebagai contoh.. kita mungkin lupa baju apakah yang kita pakai dua tiga hari lepas.. dengan siapa kita bercakap dan dengan siapa kita berjalan sekali.. kita mungkin lupa dimana file penting yang kita letak dua hari yang lepas…

Banyak benda yang kita lupa.. tapi kenangan sewaktu kecil  tidak mungkin kita akan lupakan…Mungkin kerana pada waktu itu semuanya masih baru dan kita ingin tahu. Tetapi bila dewasa ini.. banyak pekara yang perlu kita ingat .. dan kadangkala kita lupa dengan benda-benda yang kecil. Tapi jangan dilupa … pekara -pekara yang kecil itulah yang akan menyebabkan rakan.. sahabat dan saudara .. ataupun mereka yang kita sayangi akan berkecil hati dengan kita…

Kita lupa… untuk menghargai dia..Kita lupa.. mungkin tanpa dia … hidup kita akan sunyi dan sepi…Kita lupa dengan kasih dan sayang yang diberikan oleh mereka yang mengambil berat dengan kita.. kita ketepikan dengan tidak sengaja…Bila difikirkan semula… masa menghambat kita… masa membuatkan kita leka… dengan pekara yang lebih menuntut kepada komitmen kita…

Hari ini seorang rakan bertanya …”hari ini.. hari apa ,” seorang rakan yang aku kenal setahun yang lepas. “Mungkin hari Jumaat kot“, dengan selamba aku jawap. Naik merah muka dia…

Hari ini .. juga aku lupa ….selepas mendail number tel seorang rakan opis ..untuk bertanyakan proposal yang perlu dire-edit pada siapa … dan dia menjawap panggilan panggilan tel  itu.. dengan segera aku terus letak ganggang telefon itu…aku lupa .. dengan siapa aku ingin bercakap… (maaf ya abg syirfan… hahahahha).

Seminggu sudah … seorang rakan bertanya . “Beb, kau ada nampak kereta aku tak“,. Aku jawap.. dah sudah .. apa kesla nie…

Sebulan yang lepas… aku lupa birthday … rakan baik aku yang aku kenal sewaktu seuniversiti… ermmmmmm…

Mungkin short term memori kita .. terlalu short… ataupun kita mengalami simptom penyakit tiroid yang serius.. iaitu mudah lupa diusia muda…jika nak dikatakan nyanyuk … ITU TIDAK MUNGKIN!

Atau mungkinkah masa berlalu terlalu pantas… sehingga tidak cukup waktu untuk kita mengigati segalanya…

4 thoughts on “Masa dan Kita…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s