Cerita Kura-Kura


Alahai kura-kura

Alahai kura-kura

Bila go thru online paper hari nie..article mengenai kehilangan kura-kura yang bernilai RM 178,881.00 membuatkan aku tersenyum. Nak tergelak sendiri pun ada. Kura-kura yang dicuri ini punya value yang tersendiri kerana jenis yang terancam ( radiated) dan sukar dijumpai. Ini cerita kura-kura yang benar-benar ada valuenya.

Teringat aku pada satu peristiwa dimana sewaktu membuat pengambaran di Kelantan untuk episod Banduan Wanita dalam program Expose @Prima.  Setelah segalanya selesai… team pulang dengan letih dan tidur sepanjang jalan kecuali pilot aka cameramannya yang terpaksa bersengkang mata memandu sepanjang jalan.

Punya penat… apa lagi aku dan bekas AP tu… tertidur dan tiba-tiba … terkejut kerana dek brek yang mengejut.”Zie .. kenapa brek nie.. terkejut aku siut,”.Dia pun jawap. “Kura-kura melintas jalan nie“, jawap dia dengan suara yang memang boleh pecah gegendang telinga aku nie.

Jom.. tengok … “, kata bekas AP aku yang sentiasa tersenyum nie.Dengan segera aku turun dan tengok kura-kura tu. Laaaa memang betul. Seekor kura-kura kecil sedang berjalan dan hampir hendak sampai ke seberang jalan. Yang aku nak tergelak sampai nak jamm highway tu sebab banyak kereta berhenti. Apa lagi abg cameraman nie terus ambil kura-kura tu dan ditegur oleh seorang brother Cina nie.. dia kata dia nampak dahulu. Udah. “Beri ajalah zie“,terus aku jawap.

Tapi dia jawap ” Weii..mana boleh .. aku nampak dulu“, dia jawap dengan suara macam tertelan mic. Heheheheheheh. Terus kura-kura itu dibawa hingga ke ofis. Kecian aku tengok kura-kura tu .. sebab terperosok dalam barang-barang kat belakang storm tu. Punyala happy abg cameraman aku nie. Dia kata ada untung kalau dapat kura-kura melintas jalan nie.

Aku kata, iyolah tu. Kemudian kura-kura itu dipelihara oleh bekas AP aku.. sebab abg cameraman nie tak tau nak simpan tang mana. Akhir kata kura-kura ini dijual dengan harga RM 100.00 kepada taukey cina mana entah. Kepercayaan kepada kura-kura melintas jalan nie rupanya ramai yang tahu. Dan ada yang percaya kalau dipuja akan mendapat nombor bertuah .. halah… udah mengarut aja… Ada juga yang percaya…kura-kura berjaya melintas jalan akan bawa tuah.

Esok atau lusa.. aku nak tanya adakah taukey cina itu bertuah!

(kalau bertuah .. rugi plak rasa tak ambil kura-kura tu).

3 thoughts on “Cerita Kura-Kura

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s