Tok Jin


Gong Xi Fa Chai..kepada my lovely Jocelyn.

Walaupun tidak meraikannya kerana menghormati mendiang neneknya yang meninggal pada tahun lepas. Setahun katanya tidak akan menyambut sebarang keraian.

Cuti. Tapi aku masih disini.

Ofis kosong. Yang ada mereka yang menghabiskan ep Warung yang deadlinenya lagi dua hari lagi. Editor dan producer dan supervisor (bos) ada disini. Tetiba aku teringatkan seseorang. Yang pastinya dia seorang yang sangat istimewa. Namanya Mohd Zin Bin Saleh aka Tok Jin. Atok sedara aku.

Walaupun ada orang kata dia nie tiga suku, tapi dia happening. Ada saja lawak, pantun, teka teki dan lagu Jepun yang akan menjadikan suasana sepi bertukar menjadi haru biru. Masa kecil aku selalu ingat dia pelik. Dan sangat P.E.L.I.K. Sebab setiap pagi dia akan menyanyi lagu Jepun. Mi Yow Tok Khai Now.. Sorai Kate .. alah yang ada dalam filem P.Ramlee tu.

Dia pernah hidup zaman Jepun… sebab tu dia tahu menyanyi lagu tu. Zaman itu …dia menjadi kesayangan askar-askar Jepun sebab selalu beri ubi kayu pada diaorang. Sampai la nie aku dok kata dia musuh negara. Hehehehehe. Dia tak pernah marah sebab tak ambil pot pun. Dan paling syok bila dia selalu bagi aku teka -teki … antaranya banyak-banyak buah.. buah apa yang dibawa belayar.. Ya Tuhan, punya senang. Jawapan dia. ” Buah pisang emasla tok“. Aku jawap. Walaupun dah tahu jawapan dan diberi soalan yang sama, dia tidak pernah jemu. Dan asyik dok bertanya lagi.

Part paling dia hangin dengan aku ialah sering memberi jawapan kepada budak-budak yang mahu meneka jawapan teka teki dia… Dia akan menjerit dan suruh aku masuk rumah. Heheheheehe. Rumah dia hanya dua langkah aja dari rumah aku. Itu yang best.

Kadang-kadang.. aku pelik. Apa kenala dia nie. Hidup dia ceria aja. Aku rasa tak ada masalah kot. Rutin harian dia ..ialah  menebas semak dikebunnya. Pagi jugak dia akan menjeritkan aku suh bangun dan tolong sapu sampah. At one time, bila aku dah besar sikit aku jadi marah sebab dok mengacau tidur aku. Huiks.

Aku pernah dikejar dengan kayu sebab balik lewat. Aku marah. ” Apa nie tok, mak tak marah.. yang atok melebih nie.. kenapa?,”. Dia tak peduli. Nasib baiklah tak melayang kayu kat aku. Terus aku lari masuk rumah. Dia sangat sukakan kanak-kanak. Setiap petang dia akan duduk ditepi pagar rumah dia dan akan melayan siapa aja yang lalu. Yang nak pergi kedai akan berhenti berjam-jam sebab menjawap teka-teki dia.

Lagi satu dia tidak ada motorsikal. Hanya basikal. Akulah jadi peneman dia pergi beli barang-barang dapur dia. Part aku tak boleh lupe bila berselisih dengan lori dan van dia akan berhenti . Aku sampai boleh jadi marah.. sebab akan lambat sampai kedai. ” Tok asyik berenti aja.. bila nak sampai macam nie,”. Dengan nada marah  dia jawap. ” Ko duduk ajalah .. aku tahulah.. aku buat apa“,. Lor marah plakkan. Aku layankan aja dia.

Kalau ke surau.. pulak ..dia akan menunggu budak-budak ambil air sembahyang. Lepas tu akan solat bersama budak-budak tu. Satu saf plak. Dalam surau dia akan mengaminkannya dengan suaranya yang kuat. Kalau aku dok tepi kain pemisah antara lelaki dan perempuan dan tiba waktu ceramah .. dia akan duk berbisik tanya jam pukul berapa. Masyallah.

Mak aku .. pasti meradang dengan dia. “Jangan jawap .. niekan dalam surau.. dah empat kali tanya tu,”. Aku diam. Terus atok cubit aku dengan kuat. Boleh tergelak aku dengan dia nie. Walaupun dia ceria dan suka kanak-kanak dia.. tetapi dia tidak ada zuriat. Hidup dia hanya menumpang gembira dengan sesiapa aja yang lalu depan rumah dia.

Tahun nie umurnya sudah 85. Tapi masih tegap. Tak ada penyakit. Sebab bab makan dia sangat jaga. Rindula pulak dengan dia.Rindu nak meneka jawapan kepada teka teki dia. Harap ada teka teki baru.

Sejak aku sudah  bekerja nie.. dia selalu dok ajak aku ke pulau. Entah dari manalah dia dapat idea baru nie.. Dua tahun dia berulang kata nak ke pulau. Pulau manalah tok nie… ada apa dengan pulau tok oi.

2 thoughts on “Tok Jin

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s