Calltime pukul 6 pagi.Pergh!
Lokasi pengambaran belum lagi confirm. Kecut perut bila cuba membayangkan talent sudah bersedia dilokasi. Ditemani AP yang menjadi bidan terjun … aku teruskan semangat untuk bangun bila dia membuat wake up called. ‘Dah.. bangun.. dah bangun… tunggu jap’. Pantas aku bangun.. bukan apa takut terlelap.. kepala duk terbayangkan mak tiri yang akan menjerit bila aku terlambat ke lokasi nanti. Dia menjadi petunjuk betapa aku perlu pantas… pantas dan pantas untuk turun shooting.
Paling sinis … bila housemate .. aku duk ketawakan kerana sangka aku mengigau sebab bangun pagi… bukan dia sahaja .. makcik cleaner pun duk tersenyum kat aku.. Bukan itu aja… abg yang buat teh kat kedai bawah pun duk tegur sebab datang awal. Cis.
Bab last minit cancel location ini.. memang boleh buat aku kena heart attact. Aku rasa macam pedang letak kat leher aja. Tahu ajalah bila tuan director akan menjeling… talent mula naik darah.. .semua tidak akan menjadi bila starting dah terukkan. Tapi semua undercontrol …macam biasa buat relax.. tapi dalam hati ..tuhan aja yang tahu..
Paling aku hendak tergelak bila AP … aku kata , “Akak … relax aja … tak cuak pun”,. Aku tersenyum kambing. Halah.. Pagi-pagi sudah gegar!
Bila semua berjalan dengan lancar. Bagi aku its a gud start. Semua under control. Pengambaran kami diselang seli dengan derai ketawa … sebab adanya pengacara yang memang lawak dan talent yang jawa bangatla tu. Dia berjaya menakutkan AP aku… dengan suaranya yang keras itu.
Bila sudah buat rancangan pasal makanan ini. Pastinya lepas shooting kena makan. Bedal aja .. apa yang disediakan oleh taukey kedai. Kesimpulannya setiap team produksi perlu berkerjasama dengan baik. Faham memahami apa yang hendak dibuat. Tolak ansur dalam sebarang hal. Jangan katakan “Arghhh beban aku dah abis”,. Bagi aku benda itu tidak elok kerana selagi end product belum siap dan tidak lagi on-air kita semua masih ada tanggungjawap.

Dr. Abon cuba menerangkan hal kesihatan

Senyum...
clarified sket mak tiri tu saper …. *menjeling sampai nak terkeluar bijik mata”
Ayat menjeling tu .. untuk director yang akan marah .. bukan ayat mak tiri… mak tiri tu adalah …. huiks… entah tiada kena mengena dengan yang hidup ataupun yang mati.. Abg Yang pun bukan…
(jangan tersalah bagi ayat.. mcm saya dimarahi atas bukan salah saya ehem. ehem..)