Lagi.. lagi .. dia datang…


brush_my_tooth_by_jossax2

Minggu ini aku diassign untuk memproduce Ep 22 untuk Warung Kita.

Tema untuk second last episode ini ialah Masakan Nusantara. Erm maknanya macam-macamlah masakan dari negara jiran yang perlu aku masukkan dalam episod kali ini. Untuk episod yang berdurasi 30 minit ini aku perlu untuk recce dimana kedai yang sesuai dan masakan istimewa yang ada di sesebuah restoran itu.

Pagi-pagi.. lagi aku sudah tersedar… tengok jam 4 pagi..terus aku landing lagi untuk tidak lewat bangun pagi. Tiba-tiba … aku diserang sakit gigi lagi… Arghhhhhhhhhhhhh… dia datang lagi. Nak kata tidak gosok gigi … aku dah gosok. Apa kenalah dengan gigi aku nie. Macam-macam masalah. Kalau nak dikira duit untuk buat gigi untuk 3 tahun boleh sampai 2ribu.

Crowning dan rawatan saraf … aku dah lalu. Apa lagi nie! Paling aku pelik .. gigi yang ada lubang tu .. tidak pulak sakit. Yang ditampal dua bulan lepas pulak yang sakit. Tetiba aku teringat pesan doktor yang merawat aku tu!

“Dik, kalau sakitnya tidak baik dalam masa empat hari, awak nie kena buat rawatan saraf,”. Boleh sakit jantung aku dengar. Kenapalah dengan gigi aku nie. Nak kata tak gosok gigi… punyalah banyak ubat gigi yang berflorida ataupun tidak …dan berus gigi yang pelbagai macam type ada yang soft.. medium.. hard.. yang boleh lentur dan tak boleh.

Aku ada buat sikit research pasal sakit gigi nie. Ada yang kata pasal gusi dan gigi yang sensitif. Ada yang kata pasal pengambilan gula yang banyak di dalam minuman dan ada yang kata pasal penjagaan gigi yang tidak bagus.

Paling yang mengerunkan aku …. ada research mengatakan jika dibiarkan sakit itu berlarutan kita boleh diserang sakit jantung…kerosakan pada buah pinggang dan infection pada paru-paru. Pulak dah!… Lagi aku naik takut … ada pulak article pasal…seorang budak lelaki berumur 12 tahun dari Maryland .. Amerika Syarikat meninggal dunia kerana membiarkan sakit gigi itu… Sebab kematianya ialah kerana infeksi pada otaknya. Aduh!

Ada macam-macam petua yang aku terima daripada kawan-kawan tersayang. Ada yang kata kalau berlubang dan nak tahan sakit ambil cengkeh dan gigi.. ada yang kata kalau sakit gigi dan takut jumpe doktor letak ubat gigi pada gigi yang berlubang itu.. ada yang kata kena kumur air garam dengan air suam. Terima kasih dengan tips itu. Ada jugak yang bagi tips yang entah bukan-bukan. Kadang-kadang aku geram jugak sebab daripada sakit gigi lebih baik demam. Faham-fahamlah sendiri.

Semoga sakit aku ini berkurangan kerana aku perlu menghabiskan tugasan yang diberikan. Kerana tempoh waktu untuk aku menghabiskannya agak pendek…dengan sakit gigi ini aku mampu untuk mengamuk dilokasi ataupun bergenang air mata kerana menahan kesakitan. Jauhkanlah hendaknya.

#Daripada petang tadi … melihat rakan wartawan melaporkan secara langsung pilihanraya kecil di Terengganu itu. Hebat jugaks dia.. Cayalah Aida.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s