RINDU…


mom_loves_me_by_garang76

Hari ini … aku amat merindukan suara abah dan emak.

Tetapi panggilan telephon aku tidak berjawap. Marahkah mereka dengan aku? Merajukkah mereka dengan aku … apabila lebih sebulan aku tidak menelefon mereka…Sesungguhnya hari-hari yang aku lalui tidak pernah pun melupakan mereka. Mungkin aku leka dengan kerja-kerja disini. Tapi yakinlah hanya kepada emak dan abah sahaja tempat aku bercerita. Tanpa mereka tidak mungkin aku disini.

Banyak sungguh soalan yang mahu ditanya kepada emak …

Apakah yang dimasak hari ini?

Adakah mak sihat hari ini?

Adakah ubat darah tinggi .. itu masih ada ?

Adakah Farish … buat perangai hari ini? Kalau degil pukul aja dia .. ajar dia displin yang diajar pada saya… masa saya kecil dulu…

Adakah Anis malas bangun pagi? Kalau malas bangunkan dia dengan suara lembut mak dulu …sama seperti ..cerita ina tidak mahu membuka mata .. mahu kesekolah..

Adakah abang itu .. datang menjenguk mak dan abah? … Katakan sahaja kalau tidak … pastinya saya akan menggesa dia datang ke sana…

Adakah abah itu sihat? Check up … kalau dia tidak sihat … takut-takut darah tinggi dia .. makin menjadi…

Jangan selalu sangat abah itu memandu … minta aja kakak pandukan kemana sahaja … yang diingini.

Tanyakan juga … sakit ditangannya itu…kesan kerja kuat suatu masa dulu…

Paling .. pasti segar tak bunga-bunga yang ditanam di depan rumah itu?

Bunga apa lagi yang ditanam … minta sahaja Farish siramkan … Diakan sudah besar…

Semoga … panggilan telefon esok … akan BERJAWAP…(manalah mereka pergi.. dating agaknya) how sweet …

5 thoughts on “RINDU…

  1. Akmal says:

    Bayangkan semasa melalui lebuhraya PLUS, anda akan melihat sebuah kereta MyVI yang seakan akan rosak di lorong kecemasan. Ingatkan rosak tapi pelik kerana enjinnya masih hidup…Setelah diteliti kelihatan sebongkah batu berbentuk manusia di tempat duduk pemandu. Tangannya masih memegang stering….Apakah tindakan anda?

    Jangan biarkan hidup anda diliputi misteri…..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s